Siakap Keli
Kaki Remaja Cedera Diterkam Jaguar
Gambar: Daily Mail

Padah Langgar Peraturan Zoo Semata Nak Bergambar, Kaki Remaja Cedera Diterkam Jaguar

Padah Langgar Peraturan Zoo Semata Nak Bergambar, Kaki Remaja Cedera Diterkam Jaguar

MEXICO – Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan stabil setelah kakinya digigit jaguar ketika ingin bergambar di sebuah zoo pada hari Sabtu lalu, lapor Daily Mail.

Remaja itu didakwa telah memanjat pagar kandang jaguar tersebut untuk bergambar secara dekat sebelum kakinya disambar oleh haiwan pemangsa itu.

Pada ketika itu, seekor jaguar kelihatan sedang memanjat dinding kandang sambil menjulurkan mulutnya melalui lubang-lubang pagar dan terus menyambar kaki kiri mangsa.

Insiden itu telah menyebabkan kasutnya terkoyak dan kakinya berdarah.

Sebuah rakaman menunjukkan bapa remaja telah memangku remaja tersebut yang sedang menjerit kesakitan ke arah bangku berhampiran.

Orang awam turut menghulurkan bantuan dengan melilitkan tali pinggang pada kaki remaja tersebut untuk mengekalkan tekanan pada luka.

Remaja itu turut menerima rawatan daripada paramedik Palang Merah ketika berada di zoo sebelum dikejarkan ke hospital berdekatan.

 

Ahli keluarga remaja itu turut berkongsi gambar yang menunjukkan kakinya mengalami luka besar

Jurucakap zoo menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh mangsa tidak akan mengancam nyawanya dan akan memberikan sokongan kepada keluarganya.

Pihak zoo turut menyeru agar semua pengunjung mematuhi aspek keselamatan dan kemudahan yang disediakan.

“Adalah penting untuk mematuhi setiap papan tanda dan tidak melanggar halangan keselamatan. Hal ini adalah untuk menjaga keselamatan pengunjung malah koleksi hidupan di zoo ini,” ujar jurucakap zoo.

Insiden malang ini terjadi seminggu selepas seekor monyet menarik rambut seorang gadis yang memukul kandangnya.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.