Siakap Keli
Kelajuan 'wiper' kereta sebenarnya boleh 'adjust'
Gambar: unclesnowz

Ramai Tak Tahu Kelajuan ‘Wiper’ Kereta Sebenarnya Boleh ‘Adjust’, Ikuti 3 Langkah Mudah Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ramai tak tahu kelajuan ‘wiper’ kereta sebenarnya boleh ‘adjust’, ikuti 3 langkah mudah yang dikongsikan oleh pengguna TikTok ini

Memandu kereta ketika hujan sememangnya agak mencabar dan kadang kala boleh menimbulkan situasi kemalangan yang tidak terjangka. Justeru, pandulah dengan berhemat dan selamat agar perkara yang tidak diingini tidak berlaku.

Kebiasaannya, pengelap cermin atau wiper pasti akan dibuka ketika hujan bagi melihat pemandangan di cermin hadapan dengan lebih jelas. Pun begitu, kadang kala sesetengah kereta mempunyai masalah kelajuan pada wiper.

Manakan tidak, wiper pada kelajuan nombor satu sememangnya terlalu perlahan dan sangat tidak sesuai digunakan ketika hujan lebat. Manakala pada kelajuan nombor dua pula, ia bergerak dengan terlalu laju sehingga mungkin mengganggu penglihatan.

Pasti ramai yang mempunyai masalah tersebut selama ini tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan.

Jangan risau kerana seorang pengguna TikTok, @unclesnowz, ada berkongsikan tips mudah untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Menurutnya, wiper tersebut perlu dibuka pada nombor satu dahulu dan menutupnya sebelum ia diturunkan.

Ulang langkah tersebut sebanyak dua kali dan hasilnya ia akan bergerak mengikut kelajuan yang anda inginkan.

Jika tidak faham, mari saksikan video @unclesnowz di bawah ini. Semoga bermanfaat.

“Hujan tak lebat, tapi wiper laju sangat, nipis pulak cermin tu kang”

@unclesnowz

hujan x lebat, tapi wiper laju sangat. nipis pulak cermin tu kang 😅

♬ Это любовь – Амирчик

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat 750 ribu tontonan di Tiktok.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berkata mereka selama ini tidak tahu mengenai tips tersebut.

Kelajuan 'wiper' kereta sebenarnya boleh 'adjust'

Kelajuan 'wiper' kereta sebenarnya boleh 'adjust'

Kelajuan 'wiper' kereta sebenarnya boleh 'adjust'

Kelajuan 'wiper' kereta sebenarnya boleh 'adjust'

Kelajuan 'wiper' kereta sebenarnya boleh 'adjust'

BACA: Asyik Broga Je, Ini 26 Lokasi ‘Hiking’ Menarik Yang Sesuai Untuk ‘Beginner’ Cuba

BACA JUGA: Kenapa Hatchback Ada Wiper Belakang Tapi Kebanyakan Kereta Sedan Tak Ada? Ini Jawapannya

Sumber: unclesnowz

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.