Siakap Keli
Perompak Dirakam Mohon Maaf & Pulang Semula Jam Tangan Mangsa
Gambar: The Sun

Sangka ‘Ori’ Rupanya ‘Fake’, Perompak Dirakam Mohon Maaf & Pulang Semula Jam Tangan Mangsa

Sangka ‘Ori’ Rupanya ‘Fake’, Perompak Dirakam Mohon Maaf & Pulang Semula Jam Tangan Mangsa

ITALI – Seorang pencuri nekad meminta maaf dan memulangkan seutas jam tangan yang dicurinya daripada pelancong selepas mendapati ia adalah barangan tiruan, lapor The Sun.

Satu rakaman CCTV menunjukkan seorang pelancong Switzerland sedang duduk santai di sebuah kafe sebelum didatangi oleh individu tak dikenali dari arah belakangnya.

Berdasarkan rakaman CCTV, perompak itu dapat dilihat bergerak menuju ke arahnya sambil mengacukan pistol sehingga menyebabkan dia dan pasangan terkejut.

Perompak itu bertindak pantas meragut jam tangan milik pelancong tersebut lalu keluar meninggalkan restoran seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Walau bagaimanapun, beberapa saat selepas itu, perompak tersebut muncul semula sambil berkata sesuatu kepada pelancong yang ketakutan.

Perompak itu dilihat menyerahkan kembali jam tangan yang dicurinya sambil berbual dengan pasangan tersebut sebelum meneruskan perjalanannya sekali lagi.

Rakaman itu telah dikongsikan melalui akaun media sosial milik Francesco Borelli, yang merupakan ahli majlis wilayah Europa Verde di Campania.

Beliau mendakwa pencuri itu telah mengacukan pistol ke arah kepala pelancong sambil meminta jam tangannya namun telah dipulangkan sejurus mendapati barangan tersebut tidak bernilai.

Pencuri itu pada awalnya menyangka jam tangan yang dicurinya itu berjenama Richard Mille yang mungkin bernilai lingkungan RM100k (£20,000) hingga puluhan juta.

Ekoran kejadian itu, pemilik restoran telah meminta pihak polis untuk melakukan pengawasan di bandar tersebut dengan lebih kerap.

Datuk Bandar Naples Gaetano Manfredi turut bersetuju bahawa pihak berkuasa perlu melakukan pengawasan dengan kerap di kawasan itu.

Keselamatan bandar adalah salah satu keutamaan yang besar malah memerlukan perhatian yang lebih daripada kerajaan pusat.

Insiden itu berlaku selepas penahanan tiga warga Itali yang mengaku merompak Rolex bernilai lebih RM100k (£25,000) daripada seorang pelancong Britain di Majorca.

Ketiga-tiga lelaki itu masing-masing dijatuhkan hukuman penjara selama dua tahun pada hari Jumaat selepas mengaku bersalah melakukan rompakan di pulau percutian Majorca.

Sumber: The Sun

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.