Selesema Burung: Lebih 3,000 Burung Ditemui Mati Di Kepulauan Farne
Dianggap sebagai bencana terburuk, ribuan burung laut dilaporkan telah mati ketika wabak selesema burung melanda Kepulauan Farne di England.
Memetik laporan BBC, lebih daripada 3,000 burung telah ditemui mati di kepulauan itu tetapi dianggarkan mungkin lebih banyak lagi burung yang telah jatuh ke dalam laut.
Untuk pengetahuan, kepulauan itu telah ditutup kepada orang ramai awal bulan ini untuk mencegah penularan selesema burung.
Beberapa burung yang ditemui mati juga telah ditanda dengan tag yang mendedahkan butiran perjalanan mereka yang dikumpul oleh British Trust for Ornithology (BTO).

Ia termasuk seekor anak burung Artik yang telah terbang dari Kepulauan Farne ke Antartika sebanyak lapan kali sepanjang hayatnya dengan jarak meliputi 144,00 batu (231,745km).
Turut ditemui ialah burung kittiwake, 16, yang telah diperhatikan sejak tahun 2006.
Pengurus besar Kepulauan Farne, Simon Lee berkata bahawa The National Trust hanya menjaga pulau itu di bawah tempoh 100 tahun.
“Tidak ada rekod apa-apa yang berpotensi merosakkan koloni burung laut kami yang sudah terancam,” katanya.
Sementara itu, pasukan renjer yang tinggal dan bekerja di pulau-pulau itu telah mengeluarkan semua burung agar ia boleh dibakar.
Ketika mengutip bangkai-bangkai burung itu, mereka telah memakai PPE lengkap bagi mengelakkan sebarang pencemaran kepada burung yang sihat.

Burung-burung di Farne menjadi habitat penting di peringkat antarabangsa untuk 23 spesies termasuk puffin, terns Artik, guillemot, razorbills, sandwich terns dan terns biasa.
Di samping itu, renjer RSPB di Pulau Coquet telah mengumpul dan mengebumikan ribuan burung laut mati selepas selesema burung disahkan di sana.
Agensi Keselamatan Kesihatan UK telah menasihatkan bahawa risiko kepada orang ramai adalah rendah tetapi orang ramai tidak boleh menyentuh burung yang sakit atau mati dan menjauhkan diri dari haiwan tersebut.
Sumber: BBC
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”