Tak Perlu Report Polis, Saya Sebenarnya Suka Grafik Ini – Tengku Hassanal
Pereka grafik dan aktivis, Fahmi Reza, sekali lagi menjadi tumpuan ramai apabila telah berkongsikan karya satira terbaru di media sosial miliknya yang memaparkan seakan seorang lelaki bertanjak sedang melakukan tekan tubi.
Menerusi perkongsian itu, Fahmi dipercayai menyindir isu Tasik Chini di Pahang yang tidak lagi memenuhi kriteria Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) seperti yang dilaporkan media tempatan baru-baru ini.
View this post on Instagram
Sehingga kini perkongsian itu menerima pelbagai respon dari netizen termasuk ada yang mengecam tindakannya mencipta dan menyiarkan grafik tersebut.
Bagaimanapun, ia juga telah mendapat perhatian Tengku Hassanal sendiri yang telah berkongsi semula grafik itu di akaun Instagram rasmi miliknya.
Di Instagram Story miliknya, baginda telah menggesa mana-mana netizen untuk tidak membuat sebarang laporan polis ekoran daripada grafik tersebut.
Ia kerana, baginda telah menyatakan bahawa baginda sebenarnya menyukai grafik yang dikongsikan oleh aktivis itu.
“No need police report, i actually like the graphics,” kata baginda.
Terdahulu, sebuah portal tempatan dipercayai mendedahkan tinjauan berkala pertama UNESCO Tasik Chini dan mendapati ia tidak lagi memenuhi kriteria untuk menjadi sebahagian daripada Rangkaian Rizab Biosfera Dunia (WNBR) mereka, lapor Sinar Harian.
Bagaimanapun, kerajaan negeri Pahang masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu tersebut.
Sumber: this.7, kuasasiswa
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”