Tukang Cat Nyaris Maut, Besi 60cm Tusuk Tengkorak Kepala Hingga Tembusi Leher
Seorang lelaki nyaris maut apabila batang besi sepanjang 60cm tertusuk menembusi kepalanya, lapor Daily Star.
Lelaki yang juga merupakan seorang tukang cat sedang membuat kerja mengecatnya di atas bumbung sebelum terjatuh ke bawah dari tingkat dua sebuah rumah.
Dia kemudiannya cuba untuk berdiri selepas terjatuh dalam keadaan bergelut. Pada ketika itulah dia menyedari bahawa bahawa dirinya telah terjatuh di atas sebatang besi panjang yang telah menusuk tengkorak kepalanya sehingga menembusi lehernya.
Ngeri dengan kejadian yang berlaku, rakan sekerjanya yang berada di tempat kejadian segera bertindak pantas dengan menggunakan pemotong besi untuk memotong besi itu dari atas tanah supaya mangsa boleh berdiri walaupun kepalanya ditembusi batang besi berukuran 60cm tersebut.
Doktor memberitahunya batang besi itu ‘hanya milimeter’ dari terkena kotak suaranya, saraf tunjang dan arteri. Paramedik yang tiba juga terkejut dan berkata mereka tidak pernah melihat kejadian seperti itu berlaku.
Salah seorang paramedik di tempat kejadian, Ashley Thomason memberitahu, “kami boleh berlatih untuk sebarang situasi sepanjang hari, namun tidak untuk situasi seperti ini, hampir 20 tahun saya bekerja, saya tidak pernah melihat perkara seperti ini berlaku dan mungkin tidak akan lagi,” katanya.
Beliau turut menambah dengan berkata, “perkara paling mencabar ialah memastikan dia kekal tenang, menstabilkan lehernya dan perlu berhati-hati untuk membawanya ke ruang kecemasan terdekat supaya mereka boleh mengambil alih dari sana,” jelasnya.
Pembedahan untuk menyelamatkan lelaki itu selesai dalam masa sejam dan dia kemudiannya diberi cecair diet selama dua hari.
Menurut laporan, lelaki itu mendapat bantuan kewangan dari portal popular di media sosial yang dikenali sebagai ‘GoFundMe’ untuk pulih dari kecederaan parahnya disebabkan dia tidak mempunyai insurans perubatan dan merupakan satu-satunya pencari nafkah dalam keluarganya.
Pada halaman portal itu, mereka memberitahu bahawa lelaki tersebut sangat bersyukur kerana doktor yang merawatnya memberitahu, batang besi itu hanya beberapa milimeter berupaya memutuskan beberapa arteri penting dan merosakkan esofagus serta kotak suaranya.
“Batang besi itu menyebabkan kecederaan pada urat leher kecil tetapi pakar bedah vaskular dapat menampalnya kembali dengan betul,” beritahu lelaki itu.
Selepas mengalami kemalangan yang mengerikan itu, Lelaki tersebut kini menggesa orang ramai untuk memanfaatkan masa mereka setiap hari.
Dia berkata,”jika anda mencintai seseorang beritahu mereka,” katanya.
“Jika anda perlu membantu seseorang, lakukannya. Anda tidak tahu berapa lama anda mempunyai masa untuk hidup walaupun untuk milimeter,” katanya lagi.
Sumber: Daily Star
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”