Siakap Keli
Pemain Sumo
Gambar via Zunita Ramli

Walau Gempal, Wanita Dedah Ahli Sumo Sebenarnya Sihat, Singkap ‘Rahsia’ Lokasi Lemak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Walau Gempal, Wanita Dedah Ahli Sumo Sebenarnya Sihat, Singkap ‘Rahsia’ Lokasi Lemak

Seperti yang kita tahu, bertubuh badan yang agak besar merupakan perkara yang dikhuatiri bagi sesetengah pihak. Bukanlah disebabkan kurang cantik dan sebagainya, tapi ia juga berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang. 

Mengikut dari segi perubatan, individu yang memiliki berat badan berlebihan atau bacaan BMI tidak normal mudah untuk menerima penyakit seperti obesiti atau strok serta penyakit-penyakit lain. 

Namun, pemain sumo juga memiliki badan yang agak besar dan sudah pasti memiliki berat badan yang berlebihan.

Walau bagaimanapun, Zunita Ramli, individu rakyat Malaysia yang menetap di Jepun, mereka yang berkecimpung dalam sukan dan dikenali sebagai ahli sumo adalah sihat dan risiko untuk mereka dapat penyakit kronik amat rendah meskipun memiliki badan yang besar. 

Ikuti perkongsian Zunita Ramli mengenai sebab hal itu berlaku, semoga bermanfaat. 

Rahsia miliki tubuh badan yang sihat meskipun gempal dan besar

Gambar via Zunita Ramli

Bila cakap pasal sumo, mesti kita terbayang pemain sumo yang berbadan besar kan? Tapi mungkin mengejutkan, pemain sumo ni walaupun berbadan besar tapi secara metaboliknya, mereka ni sihat serta risiko dari penyakit berkaitan obesiti macam sakit jantung, stroke dan sebagainya adalah rendah.

Ha, macam mana tu? Rahsianya adalah di mana lemak pemain sumo ini terletak.

Berbeza dengan orang obesiti biasa, lemak di badan pemain sumo tidak berada di organ macam lemak yang selaput jantung, buah pinggang, pankreas, hati dan sebagainya, tapi sebaliknya lemak pemain sumo ni berada di bawah lapisan kulit sahaja. Lemak dekat sekeliling organ ni yang bahaya sebenarnya. Bahkan, kadar kolesterol pemain sumo ni pun rendah!

Tapi macam mana lemak pemain sumo boleh berada dekat bawah kulit je dan bukan di kawasan organ?

Walaupun pemain sumo kena makan paling kurang 7,000 kalori setiap hari, lebih 3 kali ganda kalori yang diperlukan oleh orang biasa, tapi mereka ni perlu melakukan aktiviti latihan sumo seawal jam 5 pagi, selama hampir 7 jam setiap hari!

Gambar via Zunita Ramli
Gambar via Zunita Ramli

Ini yang buatkan orang sumo ni walaupun badan besar, tapi mereka ni kuat dan sihat ya. Latihan intensif setiap hari dan makanan yang mereka makan antara faktor penyebab benda ni.

Orang sumo pun makan benda-benda sihat je macam chankonabe, tak ada benda mengarut macam fast food ke apa. Sebab tu lemak yang terkumpul pun bukan jenis lemak bahaya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, pemain sumo ni ada perempuan ke?

Ya, ada. Secara rasmi sumo perempuan bermula sejak tahun 1997, dan pemain sumo perempuan yang terkenal adalah Anna Poliakova dari Rusia.

Gambar via Zunita Ramli

BACA: Nak Diserang Dengan Parang, Ayah Terpaksa Tembak Mati Anak Dipercayai Tengah ‘Lalok’

BACA JUGA: Boleh Muat 5 Juta Orang, Arab Saudi Rancang Bina Bangunan Cermin Gergasi, Panjang 120KM

Sumber: Zunita Ramli (Facebook)

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.