Siakap Keli
Gambar vis Charlotte Davis

Budak 17 Bulan Miliki Rambut Unik, Seakan Rambut Einstein & Boris Johson

Budak 17 Bulan Miliki Rambut Unik, Seakan Rambut Einstein & Boris Johson

Seorang kanak-kanak di England diberi jolokan sebagai Albert Einstein dan Boris Johnson berikutan rambutnya yang tidak boleh disikat.

Layla Davis berusia 17 bulan lahir itu dilaporkan lahir dengan sindrom rambut yang tidak boleh disikat atau dikenali sebagai Uncombable Hair Sydrome (UHS). Sindrom itu menyebabkan rambut menjadi kering dan kerinting yang tidak boleh disikat rapat.

Mereka yang mempunyai sindrom ini akan mempunyai warna rambut yang terang dan hanya terdapat 100 orang sahaja yang berkaitan kes sama.

Ibu kepada Layla, Charlotte Davis dari Blakenham, berkata dia mahukan anaknya membesar dan menganggap ianya suatu yang hebat walaupun dia berbeza dari orang lain.

“Rambutnya lebut dan gebu dari sejak dia berumur kira-kira satu tahun kemudian selepas itu ia mula mengembang dan lebih kembang keluar,” tambah ibunya yang berusia 28 tahun.

Ibu bapanya beranggapan ianya akan menjadi elok dan rapat apabila dia dewasa kelak.

“Saya sangat berbangga untuk dapatkan diagnosis kerana ia sangat jarang berlaku. Sebab saya menangguhkan ujian untuknya adalah kerana hanya terdapat 100 orang yang mengalaminya di dunia ini.

”Peluang untuk mendapatkan sangat tipis. Saya tidak tahu sama ada ia kerana orang lain menyentuh rambutnya tetapi dia sendiri mula melakukannya.

“Saya mempunyai seorang anak lelaki berusia dua tahun dan rambutnya tidak sama dan kadang-kadang dia akan membelai rambutnya dan kemudian membelai rambut adik perempuannya. Saya tidak rasa dia menyedari betapa hebatnya ia,” Kata ibu Layla Charlotte.

Charlotte berkata ada yang memberi gelaran kepada anak perempuannya dengan nama perdana menteri sebelum ini dan saintif popular Einstein.

Walaupun tiada penawar, keadaan biasanya akan menjadi lebih baik atau hilang sepenuhnya setelah permulaan akil baligh.

BACA: Pengembara Masa Dakwa Manusia Akan Miliki “Super Power”, Selepas Letupan Tenaga Di Matahari November Ini

Sumber: Metro.com

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.