Siakap Keli
'Time Traveller'
Gambar via Daily Star

Pengembara Masa Dakwa Manusia Akan Miliki “Super Power”, Selepas Letupan Tenaga Di Matahari November Ini

Pengembara Masa Dakwa Manusia Akan Miliki “Super Power”, Selepas Letupan Tenaga Di Matahari November Ini

Seorang pengguna TikTok yang menggelar dirinya sebagai pengembara masa mendakwa bahawa wira-wira dan penjahat akan muncul di Bumi selepas berlakunya satu letupan tenaga besar yang berpunca dari Matahari.

Memetik Daily Star, pengguna aplikasi TikTok yang menggunakan nama @timevoyaging memberi amaran kepada orang ramai dengan dakwaan akan ada 10 orang manusia akan terima ‘kuasa’ apabila bumi diletupkan oleh tenaga matahari pada November 14 2022 kelak.

Difahamkan, mereka yang menerima kesan paling teruk dari letupan itu akan menerima satu kuasa dari peningkatan daya ‘telekinesis’, namun tidak semua diantara mereka akan menggunakan kuasa tersebut ke arah kebaikan.

“Perhatian ya, saya adalah pengembara masa yang nyata, 10 orang akan mendapat kuasa super tidak lama lagi. Pada 14 November 2022, matahari akan mengeluarkan gelombang tenaga yang akan melanda Bumi.

“10 mereka yang paling teruk dari kesan sinar matahari itu akan menerima kuasa. Ada yang baik dan ada juga yang buruk hingga mampu untuk merosakkan hidup,” tulis pemilik akaun itu, lapor Dail Star.

Ratusan pengguna TikTok meninggalkan komen pada video tersebut menuntut lebih banyak maklumat dan ada juga yang tidak percaya dengan apa yang dimaklumkan oleh pemilik akaun TikTok itu.

“Apa nama orang yang mendapat kuasa itu,” komen salah seorang individu, lapor Daily Star.

Video tersebut sehinggan kini telah menerima lebih 141,300 ribu tontotan 5565 tanda suka.

@timevoyaging

10 randoms… #fyp #fypage #timevoyaging #timetravel #timetraveler #viral #xyzbca #2022 #conspiracy

♬ Echoes Drifting – Truth Needs To Be Out

BACA: Walau Gempal, Wanita Dedah Ahli Sumo Sebenarnya Sihat, Singkap ‘Rahsia’ Lokasi Lemak

BACA JUGA: Bayi Lapan Bulan Maut Disyaki Didera, Ibu Ditahan

Sumber: Daily Star

Faiz Mustafa