Siakap Keli
Dibina Menggunakan Putih Telur
Gambar via Indo Zone

Dibina Guna Campuran Putih Telur, Kisah Jambatan Usang Misteri, Didakwa Dihuni Makhluk Halus

Dibina menggunakan putih telur, jambatan tinggal dipenuhi kisah misteri dengan dakwaan menjadi tempat tinggal makhluk ‘halus’. 

Di Indonesia, terdapat sebuah jambatan lama di Depok, Jawa Barat yang menjadi warisan budaya masih berdiri teguh meskipun telah berulang kali di badia air deras sungai Ciliwung. 

Dahulu, jambatan ini dibina untuk menghubungkan wilayah Depok dengan Jalan Batavia-Buitenzorg atau sekarang dikenali sebagai Jalan Raya Jakarta-Bogor. 

Pada masa pemerintahan Belanda, jambatan ini menjadi satu-satunya jalan yang menghubungkan dua kawasan tersebut. Namun lebih 20 tahun yang lalu, jambatan yang diberi nama Jambatan Panus ini telah digantikan dengan jambatan baru yang lebih besar di seberang. 

Jambatan yang menghubungkan Depok dengan Jalan Raya Bogor

Memetik Indo Zone, Jambatan Panus miliki panjang 100 meter dibina oleh Andre Laurens yang mengerah keringat penduduk tempatan. Nama Panus diambil sempena nama mandor sewaktu jambatan ini dibina, Stephanus. 

Uniknya, jambtan ini dikatakan dibina tanpa menggunakan bahan mentah besi dan hanya menggunakan bahan asas seperti batu, kapur, pasir dan simen. Lebih menarik lagi, mereka hanya gunakah putih telur sebagai bahan untuk lekatkan bahan asas. 

Jambatan Panus juga berfungsi sebagai tempat untuk memantau air sungai Ciliwung yang mengalir dari daerah Bogor sebelum tiba di Jakarta. Pada tiang jambatan tersebut terdapat meter paras air untuk memantau pelepasan air untuk dipantau setiap hari. 

Misteri Jambatan Panus

Di sebalik kisah sejarah Jambatan Panus ini, terselit juga kisah misteri yang menjadi bualan penduduk setempat yang tinggal di kawasan tersebut. 

Menurut Indo Zone, terdapat penduduk di kawasan tersebut mendakwa ada melihat kelibat susuk Stephanus yang lalu-lalan di atas jambatan itu bersama anjingnya. Selain itu, ada juga yang melihat orang kerdil dan juga ular putih panjang melintasi jambatan tersebut. 

Dalam pada itu, penduduk kawasan itu juga sering membunyikan hon sebagai isyarat kepada makhluk ‘penjaga’ jambatan itu sebagai tanda mereka sedang lalu kawasan itu. 

BACA: Pengembara Masa Dakwa Manusia Akan Miliki “Super Power”, Selepas Letupan Tenaga Di Matahari November Ini

BACA JUGA: Walau Gempal, Wanita Dedah Ahli Sumo Sebenarnya Sihat, Singkap ‘Rahsia’ Lokasi Lemak

Sumber: Indo Zone

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.