Gempa Bumi Kuat 6.8 Magnitud Dilapor ‘Gegar’ Filipina Sebentar Tadi
Satu kejadian gempa bumi kuat dilaporkan telah berlaku di Luzon, Filipina pada jam 8.43 pagi tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa bermagnitud 6.8 itu terletak pada 17.6° Utara dan 120.9° Timur dengan kedalaman 58 km.
Ia juga terletak 55 km Timur dari Vigan City, Filipina.
Bagaimanapun, gempa tersebut tidak memberikan ancaman tsunami kepada Malaysia.
Gempa bumi kuat M6.8 berlaku di Luzon, Filipina pada 8:43 pagi, 27 Julai 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 17.6° Utara dan 120.9° Timur, kedalaman 58 km. 55km Timur dari Vigan City,Filipina.Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/bVhl7nqvzX
— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) July 27, 2022
Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia
Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”