Siakap Keli
Suspek Kes Sembelih Pelajar Universiti Dihukum Gantung 'Live'
Gambar: Daily Star

Mahkamah Mesir Cadang Suspek Kes Sembelih Pelajar Universiti Dihukum Gantung ‘Live’

Mahkamah Mesir Cadang Suspek Kes Sembelih Pelajar Universiti Dihukum Gantung ‘Live’

MESIR – Akibat menikam rakan sekelasnya sehingga mati, seorang lelaki yang merupakan pelajar universiti di Mesir dijangka akan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati secara siaran langsung di televisyen, lapor Daily Star.

Suspek yang berusia 21 tahun, didakwa telah bertindak kejam dengan menyerang dan membunuh selepas mangsa menolak permintaan suspek untuk berkahwin dengannya.

Hakim yang mengendalikan kes jenayah tersebut berkata, kejadian itu telah menggemparkan negara dan bukan sahaja suspek akan menjalani hukuman gantung, hukuman itu juga akan disiarkan secara langsung di mana ia adalah sesuatu yang tidak pernah dilakukan di negara itu sejak tahun 1998.

Menurut laporan, suspek telah dijatuhi hukuman mati pada 6 Julai yang lalu, berikutan perbuatan jenayahnya yang mengerikan di luar perkarangan Universiti Mansoura dan perlakuannya itu juga telah dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV.

The brutal murder happened outside of Naira Ashraf's university

Melalui rakaman CCTV, suspek dapat dilihat bertindak menumbuk kepala mangsa ketika dia sedang turun dari bas sehingga menyebabkan mangsa jatuh. Setelah itu, suspek terus menikam dan menyembelih leher mangsa berulang kali.

Suspek telah dicekup oleh orang awam yang lalu lalang di situ manakala mangsa pula mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ahli Parlimen Mesir telah menerima permintaan dari pihak mahkamah untuk menjatuhkan hukuman mati secara siaran langsung dan boleh dilihat di seluruh negara.

Hal ini kerana, pihak mahkamah berpendapat sekiranya hukaman mati itu disiarkan secara langsung, maka perbuatan jenayah yang serupa dapat dihentikan daripada terus berlaku.

Pihak mahkamah di Mansoura menulis surat kepada ahli parlimen dengan berkata, “siaran langsung itu, walaupun hanya sebahagian daripada permulaan prosiding, akan mencapai matlamatnya untuk mencegah, di mana tidak akan diperolehi sekiranya tidak disiarkan kepada masyarakat umum,” katanya.

Menurut laporan juga, niat suspek membuat keputusan membunuh mangsa telah terungkap ketika berada di dalam proses prosiding di mana suspek telah merencanakannya dan sentiasa memerhatikan kehidupan mangsa di pelbagai laman media sosial antaranya Facebook.

Sumber: Daily Star

Baca: Ngeri, Tular Rakaman Lelaki Sembelih Pelajar Wanita Di Mesir, Dipercayai Kerana Cintanya Ditolak

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.