Siakap Keli
sembelih pelajar wanita mesir
Gambar: Twitter Lea

Ngeri, Tular Rakaman Lelaki Sembelih Pelajar Wanita Di Mesir, Dipercayai Kerana Cintanya Ditolak

Baru-baru ini tular satu rakaman ngeri dan mengejutkan ramai pihak apabila seorang lelaki bertindak sembelih seorang wanita, pelajar di sebuah universiti di Mesir dipercayai gara-gara kerana cintanya ditolak oleh mangsa.

Menurut laporan Egypt Independent, saksi melihat lelaki tersebut yang merupakan pelajar kesenian tahun tiga didakwa telah menikam seorang wanita di depan pintu pagar ketika mangsa sedang berjalan menuju ke tempat perhentian bas untuk pulang ke rumah.

Semasa orang ramai cuba menghalang dan menangkapnya, dia dilapor menyembelih leher mangsa dengan pisau tersebut sebelum dia berjaya ditangkap oleh pegawai keselamatan yang lalu di kawasan sekitar.

Saksi berkata, lelaki itu ingin mengahwini mangsa, tetapi mendakwa lamaran itu ditolak. Oleh itu, suspek dipercayai memutuskan untuk membalas dendam dan pernah mengancam untuk membunuh wanita tersebut sebelum ini.

Mangsa telah dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal, malangnya dia dilaporkan meninggal dunia sebelum sempat tiba di hospital. Orang ramai kemudian menyerahkan suspek yang berjaya ditahan kepada pihak polis.

Menurut laporan, orang ramai dikatakan sempat membelasah suspek bertubi-tubi sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.

Rakaman kejadian ngeri berkenaan turut menjadi tular di pelbagai platform media sosial dengan netizen rata-rata melahirkan kemarahan masing-masing berhubung insiden berkenaan.

Mereka mendesak supaya kejadian berkenaan disiasat dengan telus dan pelaku dikenakan hukuman yang setimpal kerana menyifatkan perbuatannya sembelih wanita yang juga pelajar universiti di Mesir itu terlalu kejam serta tidak boleh dimaafkan.

BACA: Harta Dianggarkan Lebih 400 Bilion Dollar, Kenali Raja Emas, Mansa Musa Dipercayai Manusia Terkaya Sepanjang Zaman

Sumber: Egypt Independent

Faiz Mustafa