“Negara Rugi Besar”, RM 6.2 Bilion, KJ Dedah Kos Rawat Penyakit Akibat Merokok
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata aktiviti merokok memberikan impak yang besar kepada ekonomi negara, dalam satu video yang dimuat naik di Tiktoknya hari ini.
Video berkenaan dimuat naik bagi menerangkan kepada orang ramai berkenaan Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok.
Menurutnya, pada 2020, sebanyak RM 6.2 bilion dibelanjakan untuk merawat penyakit yang berpunca daripada amalan merokok. Terdapat tiga penyakit utama yang disebabkan oleh kesan dari merokok iaitu kanser paru-paru, penyakit hati dan Cronic Obstructive Pulmonary disease (COPD).
“Satu jumlah yang sangat besar dibelanjakan oleh kerajaan. Kos rawatan ini dijangka meningkat kepada RM 8.8 bilion menjelang tahun 2030, ” Kata KJ .
“Mungkin ramai tak tahu yang kos rawatan yang ditanggung oleh kerajaan ini adalah lebih tinggi daripada jumlah kutipan cukai produk tembakau iaitu hanya sekitar RM 3 bilion. Negara rugi besar,” menurut KJ lagi.
Menyentuh mengenai rokok elektronik atau vape pula, masih terdapat risiko yang memudaratkan kesihatan. Beliau turut berkongsi mengenai satu penyakit baru yang disebabkan oleh vape yang dipanggil Electronic Cigarette or Vaping Associated Lung Injury (EVALI) telah dikenalpasti.
“Bagi seorang pesakit EVALI kos rawatan selama 12 hari adalah lebih RM 150,000. Ianya sangat mahal,” sambung KJ dalam video tersebut.
Menurutnya lagi, industri rokok elektronik dan vape sekarang sudah tidak terkawal. Maka, dengan adanya RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok ini, kawal selia ke atas industri rokok elektronik atau vape boleh dilaksanakan. Malah, cecair berperisa yang digunakan dalam rokok elektronik dan vape dapat dipastikan selamat selain perlu diuji dalam makmal terlebih dahulu sebelum dijual.
”Pengusaha-pengusaha vape juga turut menyokog akta ini kerana mereka juga mahu dikawal selia. Cukai juga akan dikenakan kepada penjualan vape. Dianggarkan dengan jumlah kutipan cukai bagi vape adalah melebihi RM 500 juta setahun.
Pelaksanaan Generational Endgame, Kementerian Kesihatan Malaysia juga dapat mengurangkan kos rawatan penyakit akibat penyakit komplikasi merokok selain boleh menyelamatkan nyawa dua juta rakyat Malaysia.
Merokok bukan sahaja membunuh malah ia juga memberikan impak besar kepada ekonomi negara.
@khairykj Merokok memberikan impak besar kepada ekonomi negara. Sokong #GEG untuk mengurangkan kos rawatan dan menyelamatkan nyawa.
BACA: Beli Kawasaki Ninja RM 9,000 Di FB, Lelaki Tergamam Hanya Terima Baju
Sumber: Tiktok KJ