Siakap Keli
Gambar via NOAA Ocean Exploration

“Seakan Digali ‘Sesuatu’,” Saintis Dilapor Temui Beberapa Lubang Misteri Di Lautan Atlantik

“Seakan Digali ‘Sesuatu’,” Saintis Dilapor Temui Beberapa Lubang Misteri Di Lautan Atlantik

Para saintis dilaporkan telah menemui beberapa lubang misteri di 1.7 batu di bawah permukaan Lautan Atlantik.

Memetik laporan Daily Mail, kerana terlalu sukar untuk dijelaskan, para saintis dari National Oceanic dan Atmospheric Administration (NOAA) Ocean Exploration meminta bantuan pengguna Facebook untuk mengenal pasti lekukan unik yang membentuk garis lurus.

“Ketika Voyage to the Ridge 2022 ‘menyelam’, kami dapat memerhatikan beberapa lubang sublinear di dalam sedimen.

“Ia telah dilaporkan sebelum ini tetapi asal usulnya masih menjadi misteri. Walaupun ia dilihat seperti buatan manusia tetapi timbunan kecil sedimen di sekeliling lubang-lubang itu membuatkan ia kelihatan seakan digali oleh ‘sesuatu’,” kata NOAA di Facebook.

https://www.facebook.com/OceanExplorationResearch/posts/pfbid02dRYdhHjt3m29PK441uP8AZdMBkLebtxJ9Vdao9D7R1nV6AeAodt7UrHzjviAHDWol

Penerokaan lautan itu dilakukan oleh Voyage to the Ridge 2022 yang merangkumi pemetaaan dan kenderaan yang dikendalikan dari jauh untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik mengenai kawasan perairan di sekitar Mid-Atlantic Ridge, Azores Plateau dan Zon Fracture Charlie-Gibbs.

Berikutan itu, lebih 60 pengguna Facebook telah mengulas dan ‘membentangkan’ pelbagai teori yang berbeza berkaitan dengan lubang tersebut.

Gambar via NOAA Ocean Exploration

“Saya tertanya-tanya jika sesetengah syarikat mungkin menjalankan sampel dasar laut, ia menjadi jawapan kepada kenapa lubang itu mempunyai garis lurus,” kata salah seorang pengguna Facebook.

Untuk pengetahuan anda, banjaran Atlantik Tengah merentangi panjang utara-selatan Lautan Atlantik dan membentang sejauh 10,000 batu, menjadikannya banjaran gunung terpanjang di dunia dan salah satu ciri geologi yang paling mengagumkan di bumi.

Pun begitu, dipercayai masih banyak yang belum diterokai di lautan itu.

Sumber: Daily Mail

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.