Siakap Keli
Gambar: BBC

Tak Hirau Diejek, Wanita Ini Dakwa Selesa Dan Tampil Lebih Yakin Bermisai

Tak Hirau Diejek, Wanita Ini Dakwa Selesa Dan Tampil Lebih Yakin Bermisai

Tular di media sosial berkenaan seorang wanita di Kerala, India yang tampil yakin walaupun sering mendapat ejekan kerana mempunyai misai yang lebih lebat berbanding wanita lain.

Wanita yang bernama Shyja, berusia 35 tahun itu dilihat selalu memuat naik gambar dirinya di laman media sosial Facebook.

Perkongsiannya itu sering mendapat pelbagai soalan ingin tahu dari netizen mengenai dirinya yang bermisai.

Shyja

Dia juga pernah ditanya, mengapa dia ingin tampil bermisai namun dengan bangganya dia memberitahu bahawa dia sebenarnya amat suka dengan penampilannya yang sebegitu.

“Apa yang boleh saya katakan ialah saya sukakannya,” ulasnya.

Wanita itu yang tinggal di kawasan Kannur di Kerala, India memberitahu, dia tidak pernah merasakan ingin membuang misainya yang tumbuh lebih dari lima tahun yang lalu.

Sekitar lima tahun yang lalu, bulu itu mula menebal menjadi misai yang lebat sehingga membuatnya merasa gembira dan memutuskan untuk menyimpannya.

“Saya tidak boleh bayangkan hidup tanpanya sekarang. Apabila wabak Covid bermula, saya tidak suka memakai topeng pelitup muka sepanjang masa kerana ia menutup wajah saya,” katanya.

Ramai orang yang melihat wajahnya telah memujuk wanita itu untuk membuang misai tersebut tetapi dia tetap tidak mahu melakukannya.

Dia berpendapat, menyimpan misai itu ibarat satu terapi untuk menggembirakan dirinya dalam usaha melupakan masalah kesihatan yang pernah dia alami.

“Saya sudah melalui enam pembedahan selama sedekad. Satu daripadanya adalah membuang ketulan pada payudara, ketumbuhan cyst pada ovari dan pembedahan terakhir yang dilakukan pada lima tahun lalu ialah pembedahan histerektomi.

Bagi mengatasi masalah kesihatan, dia percaya bahawa dia perlu menjalani kehidupan dengan cara yang menggembirakan dan salah satu darinya ialah dengan menyimpan misai uniknya itu.

Wanita sering diberitahu bahawa bulu di muka adalah sesuatu yang tidak diingini dan mereka harus membayar untuk membuangnya atau mengubah bentuknya dengan kerap.

Dia juga berpendapat, walaupun Kerala adalah salah satu negeri yang paling progresif di India, sikap patriarki berterusan di kebanyakan kawasan menyebabkan wanita sering tidak digalakkan untuk melancong atau tinggal bersendirian.

Oleh itu, dengan adanya misai itu dia sering dipandang pelik dan dirinya juga bebas menikmati kehidupan baharunya selepas berkahwin apabila tinggal di kawasan itu.

Sumber: BBC.com

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.