Video gajah kejutkan wanita yang sedang tidur di dalam bilik sebuah resort di Chiang Mai, Thailand tarik perhatian ramai.
Percutian merupakan hal yang paling dinantikan-nantikan setiap orang, lebih-lebih lagi mereka yang berada dalam fasa pekerjaan yang memerlukan tenaga berfikir dan juga mengerah kudrat.
Pergi bercuti adalah hal yang terbaik untuk menenangkan fikiran dan menyegarkan semula otak kita setelah penat mencari idea dan dalam masa yang sama menyelesaikan semua tugas di tempat kerja.
Setiap orang pasti memiliki tempat percutian yang paling diidamkan sama ada di luar atau dalam negara. Disamping itu, lokasi percutian juga memainkan peranan penting bagi setiap individu dan setiap orang memiliki citarasa percutian yang tersendiri.
Mungkin ada yang suka bercuti di kawasan bandar dan menghabiskan wang dengan membeli-belah di butik berjenama. Ada juga yang lebih suka kan alam semula jadi dan memilih percutian di kawasan hutan dan sebagainya.
Memetik laman akhbar Next Shark, seorang wanita yang dilaporkan sedang berada percutian di sebuah resort di Chiang Mai, Thailand dikejutkan oleh seekor gajah dengan meghulurkan belalainya menerusi tingkap bilik dan mencuit rambut wanita itu yang sedang tidur.
Pada 19 Julai 2022, Sakshi kongsikan detik indah tersebut menerusi laman Instagram miliknya dan telah menarik perhatian ramai. Sehingga kini, video tersebut telah berjaya meraih 3 juta tanda suka.
“Akan ada gajah yang akan bangunkan anda di resort di Chiang Mai, Thailand dan bukannya alam atau panggilan dari pihak hotel. Lebih menarik lagi, anda juga boleh berjalan, beri makan, mandikan dan bermain bersama-sama mereka,” jelasnya, lapor Next Shark.
Menurutnya, ia adalah pengalaman yang sangat berbeza dan unik pernah dia lalui. Selain itu, dia juga berkata bahawa angin dari belalai gajah itu turut dapat dirasakan ketika gajah itu mencuitnya.
BACA: Dibina Guna Campuran Putih Telur, Kisah Jambatan Usang Misteri, Didakwa Dihuni Makhluk Halus
BACA JUGA: Walau Gempal, Wanita Dedah Ahli Sumo Sebenarnya Sihat, Singkap ‘Rahsia’ Lokasi Lemak
Sumber: Next Shark, Sakshi Jain (Instagram)