Siakap Keli
Kain Tersangkut Pada Eskalator 
Gambar: Rian Herzianty

15 Minit Terpaksa Berdiri Tegak, Wanita Alami Detik Cemas Kain Tersangkut Pada Eskalator 

15 Minit Terpaksa Berdiri Tegak, Wanita Alami Detik Cemas Kain Tersangkut Pada Eskalator 

Seorang wanita menghadapi detik cemas apabila kainnya tersangkut pada eskalator dalam satu kejadian di Marina Bay Sands (MBS) Singapura.

Video yang memaparkan kejadian itu telah dimuat naik sendiri oleh wanita terbabit di TikTok miliknya semalam, lapor Must Share News.

Menurutnya, dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena apabila pakaiannya tersekat ketika hendak turun dari eskalator.

Dia kemudian dipercayai menjerit kepada rakannya agar menekan butang berhenti sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

Setelah itu anggota keselamatan MBS dan kakitangan yang lain datang membantunya. Malah, mereka juga turut memberikan sebotol air kepada wanita itu dan memastikan keadaannya baik-baik sahaja.

“Pengawal keselamatan itu berulang kali tanya jika saya okay atau tidak. Saya okay, baik-baik sahaja, yang ‘terluka’ hanyalah baju baru saya,” katanya.

Tidak lama selepas itu seorang pekerja penyelenggaraan tiba di tempat kejadian untuk meninjau keadaan.

Berdiri selama 15 minit di situ, wanita tersebut akhirnya dapat menarik nafas lega kerana pakaiannya berjaya diselamatkan.

Mujurlah dia tidak mengalami sebarang kecederaan dan pulang dengan selamat.

@herzianty__

The security was repeatedly asking if i was ok. I was totally okay, the only thing that was bruised was my pride 🤣 and my new dress. Thankful to the people who helped 🥹🥹 they were so so nice 😇

♬ Cumbia Buena – Grupo La Cumbia

Sumber: Must Share  News

Baca: Kaki Kanan Kanak-Kanak Lelaki Tersepit Dalam Eskalator

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.