Siakap Keli
kereta terbang
Gambar: Twitter/Youtube

Detik Cemas Kereta Terbang Sewaktu ‘Drag Race’ Sampai Meletup, Pakar Automotif Dedah Punca

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sewaktu di bangku persekolahan, kita sering mewarnakan poster Wawasan 2020. Antara ilustrasi yang terdapat dalam poster tersebut, sudah semestinya gambar kereta terbang. Namun begitu, apabila menjejaki alam dewasa dan kalendar juga sudah melepasi angka 2020, tiada satu kereta terbang kelihatan di ruang udara Malaysia.

Namun, ini masih tidak menghalang satu kereta biasa daripada ‘terbang’. Terdapat satu video kereta ‘terbang’ tersebar di laman Twitter. Video tersebut merupakan potongan klip daripada sebuah video Youtube yang bertajuk Shannon “Big Dookie” Poole Crash Video by Hugo Nievas.

Dalam video ini, kelihatan dua buah kereta sedang berlumba sehingga ke garisan penamat. Namun begitu, malang tidak berbau. Kereta di sebelah kanan terangkat secara tiba-tiba, terbalik dan akhirnya, terbakar.

Seorang pengguna Twitter telah bertanyakan soalan kepada Dr. Syahid Fawzal atau lebih dikenali sebagai Dr. Aid Fawzal mengenai apa yang sebenarnya berlaku pada kereta yang terpelanting itu.

Kredit: Twitter

Dr. Aid Fawzal, merupakan seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Sistem Penyejukan Automotif & Sukan Permotoran untuk Hibridisasi/Elektrifikasi, juga merupakan pakar dalam bidang dinamik bendalir dan pemindahan haba, telah menerangkan fenomena ini secara terperinci. Berikut merupakan penerangan beliau.

Dalam video tersebut, kita boleh lihat dua buah kereta sedang bersaing dalam perlumbaan yang diberi nama sebagai ‘drag race’. ‘Drag race’ ini merupakan satu perlumbaan berdasarkan catatan masa pecutan kereta paling pantas dalam jarak 1/4 batu (quarter mile = 402m).

Di sebelah kiri, terdapat satu kereta 80’an yang tidak dapat dipastikan modelnya dan di sebelah kanan pula, kereta Chevrolet Corvette 1966. Pada mata kasar, 66 Corvette ini kelihatan seperti kenderaan ‘standard’, tanpa sebarang modifikasi luaran.

Pada separuh pertama perlumbaan, kedua-dua buah kereta tersebut bergerak seperti biasa. Akan tetapi, apabila berada di pertengahan trek, tiba-tiba 66 Corvette ‘mula terbang’, jatuh dan terbakar. Kalau diperhatikan pada saat-saatnya sebelum ia ‘terbang’, kereta ini mulai  ‘pitching’ iaitu bahagian depan terangkat.

Pitching ini terjadi disebabkan suspension ‘lembut’ dan/atau nilai torque  daripada enjin yang sangat  tinggi. Apabila berlakunya penukaran gear, pergerakan kereta itu seolah-olah terus ‘sentap’. Hal ni menyebabkan berat kereta ataupun pusat jisim (centre of mass) telah berpindah ke bahagian belakang.

Penjelasan Saintifik Mengenai Fenomena ‘Pitching’

Apabila ‘pitching’ ini terjadi pada kelajuan yang tinggi, perkara ini membenarkan lebih banyak udara melalui pada bahagian bawah kereta berbanding dengan udara yang lalu pada bahagian atas kereta.

a) Perbezaan nilai laluan udara ini akan membuatkan wujudnya perbezaan tekanan udara antara bahagian atas dengan bahagian bawah kereta, maka daya angkat terhasil.

Selain itu, (b) ‘Pitching’ juga menyebabkan udara yang hadir, menekan permukaan bawah hadapan kereta. Ini yang menyebabkan kereta yang pada awalnya terangkat sedikit, terangkat secara berterusan.

Kedua-dua fenomena (a) & (b)  ini boleh dilihat persamaannya pada layang-layang.

Tidak sama seperti burung atau kapal terbang, layang-layang mempunyai luas permukaan pada bahagian atas dan bawah yang sama. Untuk menerbangkan sekeping layang-layang, ia perlu mencapah untuk (a) dapatkan perbezaan aliran atas & bawah, juga (b) dapatkan tekanan pada permukaan bawah. 

Kredit: Aviation Stack Exchange

Cara-cara Mengatasi Kenderaan Anda daripada ‘Terbang’ Secara Tidak Diduga

Terdapat dua cara utama bagi mengelakkan kereta lumba daripada ‘ter-terbang’.

Pertama, gunakan wheelie bar. Wheelie bar akan mengehadkan ketinggian bahagian depan kereta yang akan terangkat (pitching angle) sekali gus, mengurangkan fenomena (a).

Kredit: On All Cylinder

Cara seterusnya, gunakan body kit dengan rekaan aerodinamik. Anda boleh menambah bahagian depan kereta dengan ‘air-dam’ (juga dikenali sebagai front spoiler, front skirting, splitter) untuk tingkatkan nilai ‘downforce’ pada bahagian hadapan. 

Kredit: Dragzine

Info tambahan: Kebanyakan rakyat Malaysia masih lagi tidak mengetahui kewujudan perlumbaan drag race ini, khususnya di negara kita sendiri.  Dahulu,  perlumbaan ini ada di Jempol, Negeri Sembilan dan kemudiannya di Nilai. Negeri Sembilan. Selepas itu, perlumbaan drag race ini juga diadakan di Cyberjaya, Selangor. Kini, lokasi yang paling aktif di Malaysia untuk perlumbaan ini adalah Terengganu dengan adanya Terengganu International Drag Strip.

Sumber: @AidFawzal via Twitter

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: