Siakap Keli
bulan taksir zakat

Dahsyat, Pembayar Zakat Di Negeri Ini Boleh Dapat Nintendo Switch OLED & Motosikal

Sebagai umat Islam, semua orang sudah maklum bahawa zakat memang wajib ditunaikan kerana ia ‘termaktub’ dalam Rukun Islam. Kadar nilainya adalah seperti yang sudah ditetapkan oleh lembaga zakat di negeri masing-masing.

Sementara itu, setiap kali tibanya Ramadan, satu-satunya zakat yang perlu kita bayar ialah zakat fitrah yang nilainya hanyalah bersamaan secupak beras. Tapi mungkin ramai yang belum tahu, bukan zakat fitrah sahaja yang perlu kita tunaikan.

Jenis-jenis zakat harta

Terdapat beberapa jenis zakat harta yang wajib ditunaikan mengikut situasi tertentu iaitu zakat pendapatan; zakat perniagaan; zakat wang simpanan; zakat pelaburan dan saham; zakat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); zakat emas dan perak; zakat takaful; zakat tanaman padi; zakat penternakan serta  zakat harta galian dan harta karun.

Bulan Taksir Zakat di Selangor

Bagi anda yang menetap di Selangor, Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini sedang menjalankan Bulan Taksir Zakat selama sebulan setengah, bertujuan untuk mendorong umat Islam khususnya di negeri ini untuk melunaskan zakat harta masing-masing.

Menariknya, rakyat Malaysia khususnya warga Selangor kini boleh mentaksir dan membayar zakat secara online sahaja melalui aplikasi ZakatSelangor yang menawarkan pelbagai fungsi terkini. Anda tidak perlu beratur panjang lagi di cawangan LZS atau bersusah-payah mencari amil untuk mengira zakat.

Boleh menang motosikal, Nintendo Switch jika bayar zakat sebelum 31 Julai

Oleh itu, kempen Bulan Taksir Zakat LZS ini menawarkan kepada anda ganjaran dunia dan akhirat ‘serentak’. Sejurus sahaja zakat ditunaikan, pembayar zakat di Selangor berpeluang memenangi hadiah menarik seperti motosikal, Nintendo Switch dan lain-lain lagi.

Selain itu, setiap kali membayar zakat menerusi aplikasi ZakatSelangor, anda juga akan diberikan kupon KFC. Semua ganjaran dunia ini ‘tersedia’ untuk anda setiap kali selepas taksir dan bayar zakat sepanjang tempoh kempen berlangsung bermula 15 Jun hingga 31 Julai ini.

Perlu diingat, keberkatan zakat itu bukan sahaja boleh dirasai dalam penambahan dan kesucian rezeki selepas berkongsi, tetapi pada nikmat apabila melihat orang lain bahagia dapat meneruskan hidup atas sedikit perkongsian kita. Sedikit bagi kita, segalanya bagi mereka.

Oleh itu, mari beramai-ramai mengikuti kempen Bulan Taksir Zakat anjuran Lembaga Zakat Selangor bagi merebut peluang ganjaran dunia dan akhirat serentak. Dunia kita capai, akhirat pun kita gapai. Jangan lupa memuat turun aplikasi ZakatSelangor sekarang kerana ‘segalanya’ ada di situ.

Fakta menarik berkaitan Lembaga Zakat Selangor

Untuk pengetahuan umum, LZS menyalurkan lima jenis bantuan kepada golongan penerima zakat iaitu bantuan perubatan; bantuan peralatan; bantuan makanan; bantuan rumah dan bantuan pendidikan bagi mereka yang layak.

Selain aplikasi ZakatSelangor yang menjadi one stop centre bagi pembayaran online dan perkhidmatan lain seperti Kalkulator Zakat dan FPX Zakat, anda juga boleh merujuk segala yang berkaitan zakat di portal zakatselangor.com.my.

Portal ini menyediakan Kalkulator Kelayakan Asnaf Fakir/Miskin menerusi kiraan had kifayah. Selain itu, maklumat lain seperti cara-cara permohonan zakat serta maklumat agihan zakat juga turut dipaparkan dalam portal.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengikuti perbincangan isu-isu terkini berkaitan zakat yang memberi pencerahan serta pendedahan maklumat menerusi rancangan bual bicara Sembang LZS yang disiarkan secara berepisod di media sosial rasmi LZS. Panel yang dijemput pula semestinya daripada wakil LZS sendiri,

Sebarang maklumat lanjut berkaitan zakat dan Bulan Taksir Zakat, anda boleh layari portal zakatselangor.com.my atau muat turun aplikasi ZakatSelangor di telefon masing-masing serta hubungi LZS menerusi talian 1300-88-4343.

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.