Siakap Keli
Gambar via Mothership

Dari 105 ke 70kg, Lelaki Berjaya Turun Berat 35kg Dalam Masa 8 Bulan, Kini Tampil Lebih Bergaya

Dari 105 ke 70kg, Lelaki Berjaya Turun Berat 35kg Dalam Masa 8 Bulan, Kini Tampil Lebih Bergaya

Seorang lelaki di Singapura berjaya menurunkan satu pertiga berat badannya dalam tempoh lapan bulan, iaitu daripada 105 kilogram (kg) kepada 70 kg.

Terence Koh berkata, selepas mendapat tubuh badan yang sihat, dia kini merupakan seorang peminat tegar kecergasan, kongsinya dalam satu video yang dimuat naik di Tiktok.

Dia menyiarkan dua video pendek yang merakam perjalanan menjadi sihat itu dan telah menarik lebih 200,000 tontonan dalam masa dua hari sahaja.

Mahu turunkan berat badan untuk menjadi ayah yang sihat kepada anaknya

Ujar Koh lagi, anaknya menjadi motivasi utama kerana dia mahu menjadi seorang bapa yang sihat dan contoh yang baik kepada anaknya itu. Malah, usaha Koh untuk mengurangkan berat badan itu bermula sebelum anaknya itu lahir lagi.

Mengulas lanjut mengenai usahanya itu, Koh berkata bahawa di peringkat awal, dia terpaksa menahan lapar pada waktu malam dan tidur yang tidak lena selain bertahan dengan rasa sakit badan serta sengal-sengal badan akibat aktiviti fizikal yang dilakukannya.

Menjelang Mei 2021 dia telah mencapai sasaran beratnya iaitu 85kg.

Gambar via Mothership

Melepasi IPPT selepas 10 tahun

Dia berkongsi pada Julai, dia akhirnya melepasi satu ujian ‘Individual Physical Prociency Test (IPPT)’, berjaya menyudahkan larian 2.4km dalam masa 11 minit 52 saat.

Itulah kali pertama dia lulus IPPT selepas 10 tahun.

Menyambut kelahiran anak lelakinya ke dunia ini, Koh tertalu teruja apabila berjaya menunaikan janjinya untuk menjadi ayah yang sihat kepada anaknya.

Koh berkata lagi, dia bagaimanapun turut menerima komen negatif dari warganet, termasuk ada yang berkata dia tidak akan boleh mengekalkan dietnya yang tegas dan senamanan untuk masa yang lama.

“Kamu akan jadi gemuk semula,” adalah antara komen yang sering diterima, katanya.

Bagaimana Koh melakukannya

Menjawab komen di video TikTok nya, Koh berkongsi beberapa tips mengurangkan berat badan.

“Ambil langkah kecil, cuba lakukan rutin dan habit positif, konsisten dan pastikan dilakukan secara berkala,” katanya lagi.

Dia juga akan bersenam tiga kali seminggu pada peringkat awal dan bermula dengan berjalan, serta latihan seperti ‘pushups’, squats dan lain-lain sebelum melangkah ke senaman jogging dan latihan bebanan.

Koh bagaimanapun berkata, dia ada melakukan kesalahan apabila terlalu kerap melakukan senaman kardio sehingga kehilangan bentuk otot. Justeru, dia beralih ke senaman angkatan beban untuk mengembalikan bentuk otot yang hilang.

Sejak itu, dia melakukan senaman enam ke tujuh kali seminggu dan meletakkan sasaran untuk membina bentuk otot yang lebih sempurna.

Ini juga akan membantu untuk ‘mengisi’ lebihan kulit dan mengatasi kesan regangan yang ada sekarang.

”Pemakanan yang sihat adalah kuncinya,” kata Koh yang turut menekankan bahawa diet defisit kalori adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Koh dalam pada itu turut mendedahkan bahawa dia masih menjamah makanan bergoreng, namun hanya sekali sekala sahaja.

@terencekyw

Began my fat loss journey at 105kg, it’s been 17months since! As long as you keep going, you would be better than yesterday. #transformation #motivation #fatloss #fattofit #dadbod #gym

♬ Believer – Imagine Dragons

Sumber: Mothership

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.