Disimbah Petrol & Dibakar Depan Anak, Wanita Meninggal Dunia Selepas Bertarung Nyawa 24 Hari
Seorang wanita dilaporkan maut selepas 24 hari menderita luka terbakar akibat disimbah dengan minyak petrol kemudian dibakar hidup-hidup menyebabkan hampir sebahagian besar badannya alami kesan melecur yang teruk.
Mangsa yang mengalami kecederaan yang mengerikan dipercayai bergaduh mengenai harta hingga mencetuskan pergaduhan kemudian diserang oleh suspek yang masih belum dapat dikenal pasti identitinya.
Difahamkan, dia disimbah minyak petrol kemudian di bakar di depan ibunya sendiri dan salah seorang anaknya.
Memetik Daily Star, 70% bahagian badannya alami kesan melecur tahap kedua dan ketiga dan dirawat di hospital di Mexico City hingga terpaksa dimasukkan tiub oleh kerana kondisinya yang teruk.
Selain itu, dalam tempoh 24 hari dia menderita luka bakar, dia turut mengalami serangan jantung sebanyak tiga kali dan juga jangkitan kuman yang telah merebak seluruh tubuhnya yang juga menjadi punca kematiannya.
Masih tiada suspek ditahan ekoran kejadian tersebut, namun pihak berkuasa akan terus melakukan siasatan dan membawa kes tersebut ke muka pengadilan.
Walau bagaimanapun, keluarga mangsa menuduh tiga individu lelaki dan wanita yang mungkin bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.
Difahamkan, mereka menghadapi sedikit salah faham berkaitan rumah yang ditinggalkan oleh saudara mara terdekat.
“Mereka berhasrat untuk melaksanakan penyelenggaraan ke atas rumah tersebut, tapi malangnya ada ahli keluarga yang menyewa kawasan tersebut.
“Selepas pemilik rumah dapat tahu hal tersebut, dia mula mengambil semula rumah itu dan membenarkan mangsa tinggal di rumah itu,” jelas salah seorang saksi, lapor Daily Star.
Sebelum ini, mangsa pernah beberapa kali melaporkan serangan ke atasnya, namun pihak berkuasa berkata bahawa ini adalah serangan pertama yang berlaku terhadap mangsa.
Serangan itu juga dianggap sebagai ‘femicide’ dan pihak Pejabat Pendakwa Negara Khusus Mexico akan terus menyiasat perkara ini. Kemarahan itu juga turut dizahirkan oleh golongan feminis dan mereka menuntut keadilan sewajarnya untuk mangsa.
Mangsa merupakan tulang belakang keluarga dengan mengusahakan sebuah kedai. Namun, kini keluarganya terpaksa meminta bantuan untuk menampung pembelanjaan harian dan kos perubatan dan pengebumiannya.
BACA: Wanita Dibunuh & Dikerat 11 Bahagian, Dibungkus 7 Beg & Dibuang Di Lokasi Berbeza
BACA JUGA: Pembelian Petrol, Diesel Melebihi 20 Liter Perlu Permit Khas
Sumber: Daily Star