Siakap Keli
wanita kerat 11
Gambar: Suara.com

Wanita Dibunuh & Dikerat 11 Bahagian, Dibungkus 7 Beg & Dibuang Di Lokasi Berbeza

Seorang wanita dikerat 11 bahagian kemudian dibungkus dalam tujuh beg dan dibuang di beberapa kawasan berbeza. 

Ketua Polis Daerah Jawa Tengah, Ahmad Luthfi melaporkan pembunuhan ngeri yang berlaku pada mangsa yang telah dicincang serta dibahagikan kepada 11 bahagian, dibungkus dalam beg kemudian dibuang. 

Jelasnya, kronologi pembunuhan itu bermula apabula suspek terlibat dengan pertengkaran dengan mangsa di rumah sewanya di Jalan Soekarno-Hatta, Kabupaten Semarang pada 16 Julai yang lalu. 

Difahamkan, suspek pernah melakukan penderaan seksual terhadap mangsa pada tahun 2015 dan telah menjalani hukuman selama enam tahun. Selepas dibebaskan, suspek kemudian mencari mangsa yang kini bekerja  di salah sebuah kilang. 

Jelas Luthfi, suspek yang tidak dapat mengawal emosi dengan kata-kata yang dilontarkan oleh mangsa kemudian mencekiknya hingga mati. Suspek yang panik kemudian memutuskan untuk mencincang mangsa. 

“Pemotongan mayat mangsa dilakukan di bilik air rumah tumpangan itu yang mengambil masa dalam beberapa hari,” jelasnya, lapor akhbar berita tempatan, Suara. 

Kemudian, bahagian badan mangsa yang dipotong dibuang di beberapa kawasan yang berbeza iaitu sekitar Sungai Klero, sekitar kawasan kilang di Jalan Soekarno Hatta dan di sungai yang berada bersebelahan dengan Restoran Cimory, Kabupaten Semarang. 

Menurutnya, bahagian badan mangsa pertama kali ditemui oleh penduduk sekitar di kawasan aliran Sungai Klero, Ungaran Timur pada 24 Julai 2022 lalu. 

Daripada hasil siasatan lanjut di lokasi penemuan, salah seorang pegawai menemukan kad pengenalan yang menjadi titik pemula identiti mangsa didedahkan. Difahamkan, suspek juga telah ditahan di Purworejo, Indonesia ketika dalam perjalanan untuk menaiki kereta api. 

BACA: Pembelian Petrol, Diesel Melebihi 20 Liter Perlu Permit Khas

BACA JUGA: Ribut Petir Landa India, 20 Maut Dipanah Petir Dalam 24 Jam

Sumber: Suara.com

Faiz Mustafa