“Inilah Drama Realiti…” Tular Empat Beranak Tolak Beca Bawah Panas Terik, Kutip Barang Terbuang Demi Sesuap Nasi
Setiap insan di dunia pasti diuji dengan pelbagai cabaran dan musibah dalam menempuh liku-liku pahitnya kehidupan demi sesuap nasi, sehingga terpaksa melakukan apa-apa kerja termasuklah mengutip barang terbuang.
Tambahan pula, pada zaman yang menyaksikan kos sara hidup semakin meningkat kini, ramai yang terkesan dengan impak tersebut. Namun demi meneruskan sebuah kehidupan, segalanya harus ditempuh dengan tabah.
Begitulah nasib yang menimpa ke atas sebuah keluarga di Pantai Timur seperti yang dikongsikan oleh selebriti dan pelawak terkenal tanah air, Sabri Yunus di laman Facebook miliknya sebentar tadi.
Berdasarkan beberapa keping foto yang dikongsikan beliau membuatkan air matanya jatuh melihat kegigihan sekeluarga tersebut dalam mencari nafkah.
Berbeza dengan orang lain yang keluar bekerja dengan menaiki kereta dan motosikal yang jauh lebih moden, sebaliknya empat beranak itu terpaksa melalui situasi yang berbeza.
Foto-foto yang dikongsi berkenaan memaparkan kecekalan seorang lelaki mengayuh beca usang yang dipercayai turut mengangkut barangan terbuang yang dikutip mereka.
Di bawah sinaran terik mentari, demi mencari rezeki yang halal, anak kepada lelaki itu sanggup menarik beca usang tersebut sambil berjalan. Tambahan pula, ibunya yang tidak boleh berjalan hanya mampu menyaksikan keringat mereka gugur ke bumi membawa dirinya yang uzur sedemikian rupa.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Sabri Yunus di Facebook seperti berikut.
Bergilir Dengan Anak Tolak Isteri Tak Mampu Berjalan Setiap Hari, Kutip Barang Terbuang Demi Sesuap Nasi

Ini bukan dalam drama tv.
Seorang ayah tua mengayuh kadang bergilir dengan anak lelaki.
Isteri yang tak mampu berjalan duduk menjulur kaki.
Anak perempuan dewasa bantu menolak beca di sisi.
Anak lelaki dewasa di depan menarik dengan tali.
Inilah drama realiti.
Berkilometer di daerah Tumpat setiap hari.
Empat beranak berjalan di bawah matahari.
Barang buangan tepi jalan yang mampu memberi rezeki.
Itulah yang akan memberi seteguk air dan sesuap nasi
Dan dengan harapan malam mampu tidur dalam indah mimpi
Supaya bangun dengan segar untuk terus berjalan lagi.
Semoga keluarga ini sentiasa dirahmati.
** Mereka penerima bantuan JKM.

Sumber: Facebook Sabrii Ibn Yunus