Siakap Keli
undang-undang
Gambar: Facebook Noor Hisham Abdullah

KP Kesihatan Kongsi Fakta Sejarah Keselamatan Nyawa Dalam Pemakaian Topi Keledar

Penetapan undang-undang dalam keselamatan jalan raya sememangnya satu inisiatif positif dalam memastikan keselamatan pengguna jalan raya sejak dahulu lagi.

Seiring peredaran waktu, kita dapat melihat keberkesanan undang-undang. Namun, berbeza pula dalam amalan merokok kerana masih ramai yang terlibat terutamanya golongan anak muda.

Lantaran itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah telah membangkitkan mengenai budaya ini dalam satu perkongsian di Facebook malam ini.

Untuk maklumat yang lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh beliau di laman Facebook, Noor Hisham Abdullah.

Dato Noor Hisham Kongsi Fakta Sejarah Keselamatan Nyawa Dalam Pemakaian Topi Keledar, Tali Pinggang Keledar, Setuju Inisiatif GEG Sasar Undang-Undang Pemerkasaan Merokok

Fakta sejarah:

1. 15 Februari 1975, undang-undang bagi mewajibkan semua penunggang motosikal dan skuter serta pembonceng memakai topi keledar telah berkuatkuasa.

2. 1 April 1979, undang-undang berkaitan kewajipan pemakaian tali pinggang keledar bagi pemandu dan penumpang di tempat duduk hadapan kenderaan motor telah berkuatkuasa.

3. 1 Januari 2009, Kerajaan telah mewajibkan peraturan pemakaian tali pinggang keledar bagi penumpang di tempat duduk belakang kenderaan motor.

Apakah signifikannya sejarah-sejarah ini? Bayangkan, berapa banyakkah nyawa yang telah berjaya diselamatkan dengan pelaksanaan undang-undang yang bersifat mementingkan Kesihatan Awam ini?

Alhamdulillah pada tahun 1975, 1979 dan 2009, Ahli-ahli Parlimen ketika itu telah menggunakan kuasa mereka sebagai wakil rakyat dengan baik dan telah berjasa menyelamatkan banyak nyawa. Tidak pula didengari ketika itu pihak tertentu dan pelobi-pelobi yang mempersoalkan “human rights” untuk terus tidak memakai topi keledar atau tali pinggang keledar?

Isu merokok tembakau dan vape juga sama. Akta Kawalan Produk Tembakau & Merokok dan Generasi Penamat (generational end game, GEG) menyasarkan untuk mewujudkan generasi yang bebas daripada sebarang amalan merokok termasuk rokok dan vape. Ini bagi semua mereka yang lahir pada tahun 2007 dan tahun-tahun selepasnya.

Isu Kesihatan Awam perlu diutamakan mengatasi ‘hak asasi’ untuk merokok! Terutama sekali bagi golongan muda kita.

Bantulah & sokongi KKM untuk melindungi generasi muda kita daripada amalan merokok tembakau dan vape.

#SayaSokongGEG

Sumber: Facebook Noor Hisham Abdullah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.