Siakap Keli
sumber bumi habis
Gambar: Global Foodprint

Semua Sumber Yang Mampu Bumi Hasilkan Dalam Setahun Habis Digunakan Manusia Semalam

Semua Sumber Yang Mampu Bumi Hasilkan Dalam Setahun Habis Digunakan Manusia Semalam

Manusia seluruh dunia telah mencipta satu rekod yang mengejutkan pada 28 Julai, apabila manusia habis menggunakan semua sumber yang boleh diperbaharui yang mampu dihasilkan oleh Bumi dalam tempoh satu tahun, dimana sebuah badan bukan kerajaan (NGO) memberi amaran bahawa orang ramai mungkin terpaksa menghabiskan baki tahun ini dalam keadaan defisit sumber Bumi.

Tarikh itu, digelar sebagai “Hari Melampaui Had Bumi”, menandakan titik permulaan apabila ramai orang telah menggunakan “semua ekosistem yang boleh dijana semula dalam satu tahun,” menurut Rangkaian Jejak Global dan WWF.

“Dari 1 Januari hingga 28 Julai, manusia telah menggunakan semua sumber alam yang mampu diganti oleh Bumi dalam tempoh 1 tahun. Sebab itulah 28 Julai dipilih sebagai Hari Melampaui Had Bumi,” kata Mathis Wackernagel, presiden Rangkaian Jejak Global.

Tarikh berkenaan dicapai semakin awal setiap tahun sejak 50 tahun lalu. Tarikh berkenaan tertunda selama 2 minggu pada 2020 akibat Covid-19, sebelum kembali menjadi awal seperti tahun-tahun sebelum pandemik pada tahun ini.

“Bumi mempunyai banyak hasil sumber semula jadi, kita boleh menggunakannya tetapi kita tidak boleh mengahbiskannya dan guna secara berlebihan. Sama seperti wang, kita mungkin boleh membelanjakan lebih daripada kita perolehi tetapi nanti pada akhirnya kita mungkin berdepan masalah bangkrup,” tambahnya lagi.

Gambar via AFP

Sebagai perbandingan, ia memerlukan sebanyak 1.75 Bumi untuk memastikan bekalan sumber kehidupan manusia kekal dalam tahap lestari.

Beban tidak sekata, jika semua orang hidup seperti orang Amerika, tarikh itu akan jatuh lebih awal, pada 13 Mac, kata Wackernagel lagi.

Kedua-dua NGO itu menuding jari pada sistem pengeluaran makanan dan jejak ekologinya yang “cukup besar”.

“Secara keseluruhan, lebih separuh daripada biokapasiti planet (55 peratus) digunakan sumber makanan manusia,” kata kedua NGO itu.

“Sebahagian besar makanan dan bahan mentah digunakan untuk memberi makan kepada haiwan dan haiwan yang dimakan selepas itu,” Kata Pierre Cannet dari WWF Perancis.

“Di EU 63 peratus tanah pertanian… secara langsung dikaitkan dengan penternakan haiwan,” katanya.

“Pertanian menyumbang kepada penebangan hutan, perubahan iklim dengan mengeluarkan gas rumah hijau, kehilangan biodiversiti dan kemerosotan ekosistem, sambil menggunakan sebahagian besar air,” kata NGO itu.

Berdasarkan nasihat saintifik, mereka menganjurkan orang ramai mengurangkan tabiat memakan daging, terutamanya di negara-negara maju.

“Jika kita boleh kurangkan pengambilan daging sebanyak separuh, kita boleh menganjakkan masa selama 17 hari,” kata Laetitia Mailhes dari Rangkaian Jejak Global.

Sumber: AFP CNA

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.