Siakap Keli
cacar monyet
Gambar: News Medical

Cacar Monyet Didapati Sebabkan Zakar Bengkak & Dubur Berdarah

Cacar monyet dilapor menyebabkan beberapa pesakit mengalami masalah zakar bengkak dan kesakitan pada dubur seperti berdarah, lapor portal New Scientist dan Daily Star.

Kedua-dua simptom berkenaan adalah simptom yang jarang dikaitkan dengan jangkitan virus.

Berdasarkan data yang dikumpul oleh petugas perubatan di Guy’s and St Thomas’ NHS Foundation Trust, London, daripada 197 pesakit yang semuanya adalah lelaki, 71 daripada mengadu mengalami masalah kesakitan pada dubur dan 31 daripadanya mempunyai masalah zakar membengkak.

Secara keseluruhan, seramai 20 orang terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan pengurusan simptom, dimana 8 daripadanya akibat masalah kesakitan pada dubur dan 5 akibat zakar membengkak.

Antara simptom lain yang turut ditunjukkan adalah seperti tonsil bengkak, membabitkan 9 pesakit.

Sesetengah lelaki yang dijangkiti cacar monyet telah melaporkan kesakitan pada rektum mereka serta bengkak pada bahagian zakar, satu kajian baru mendedahkan apabila penyakit itu menjangkiti mangsa pertamanya di Eropah.

Pada 29 Julai, Kementerian Kesihatan Sepanyol melaporkan seorang pesakit telah meninggal dunia, difahamkan sebagai kematian pertama yang berlaku di Eropah dan kedua di luar Afrika dalam keadaan wabak ini.

Lima kematian yang dilaporkan sebelum ini semuanya berlaku di negara Afrika dan penyakit itu adalah endemik di benua barat itu.

Brazil juga turut mencatatkan kematian pertama akibat cacar monyet.

Senarai NHS, CDC dan WHO bagi simptom cacar monyet telah berubah pada masa lalu. Terbaru NHS memasukkan lesi tunggal atau lesi pada alat kelamin, dubur dan kawasan sekitarnya.

Proctitis, iaitu sakit dubur atau pendarahan turut ditambah oleh NHS pada 25 Julai. Tetapi setakat ini, gejala terbaru yang diterangkan oleh Bilinska belum ditambah dalam senarai. Beliau berkata walaupun ia mengambil masa untuk simptom baharu ditambah ke senarai rasmi, orang ramai perlu berwaspada mengenainya.

BACA: Didakwa Rakam & Sebar Video Lucah Anaknya, Remaja Maut Dibelasah Bapa Teman Wanita & Rakan

Sumber: New Scientist, Daily Star

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.