Siakap Keli
Dua Beradik Jutawan Muda
Gambar via CNBC

Harta RM 6.23 Bilion, Adik-beradik Billionaire Termuda Hanya Pandu Kereta Terpakai

Sukar untuk membayangkan menjadi jutawan pada usia remaja,tetapi itulah yang terjadi kepada dua beradik asal Norway yang telah mewarisi kekayaan yang dianggarkan bernilai RM 6.23 bilion, sebelum ulang tahun kelahiran yang ke-20.

Alexandra Andresen, yang kini berusia 23 tahun, pertama kali muncul dalam senarai bilionair Forbes pada 2016, ketika baru berusia 19 tahun. Forbes mengisytiharkannya sebagai ” jutawan termuda di dunia” pada masa itu, mengalahkan bintang realiti TV Kylie Jenner dengan empayar kosmetiknya yang semakin berkembang.

Alexandra dan kakaknya, Katharina, 24, yang juga mewarisi kekayaan berbilion dolar pada masa remajanya, dilaporkan mempunyai garis panduan yang lebih sederhana dalam memilih kereta yang akan dibawanya.

Katharina berkata pada 2016 ibu bapa mereka mengajar adik-beradik perempuan itu untuk tidak hidup terlau boros, terutamanya dalam hal memilih kenderaan mereka.

“Ayah mempunyai peraturan bahawa kita boleh membeli kereta yang bagus, tetapi mestilah barang yang terpakai,” kata Katharina mengenai bapanya Johan Andresen Jr. Dia menjalankan perniagaan keluarga, syarikat pelaburan Ferd, yang merupakan salah satu syarikat swasta terbesar di Norway, menurut The Telegraph.

Pada 2016, Katharina memandu Audi terpakai yang dibelinya sebagai pengganti Volkswagen Golf yang sebelum ini dipandu oleh neneknya. (Dilaporkan, Katharina telah didenda kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam Audi Q3 di Norway pada 2017 dan memohon maaf atas kesilapannya.)

Sementara itu, Alexandra berkata dia aktif mencari dan menyimpan wangnya walaupun pada hakikatnya dia memiliki kekayaan lebih daripada mereka yang seusia dengannya.

“Saya sebenarnya suka menabung, dan saya akan terus melakukannya,” kata Alexandra dalam wawancara tahun 2014 dengan majalah korporat yang diterbitkan oleh Ferd.

“Saya menyimpan apabila saya mendapat elaun mingguan, dan saya menyimpan hadiah wang tunai yang saya menangi dalam pertandingan atau jika saya mendapat wang sebagai hadiah hari lahir saya. Saya juga mampu membeli sendiri barang yang saya mahukan, seperti beg atau kasut, tanpa perlu meminta wang daripada ibu atau ayah,” kata Alexandra lagi.

Dia mengakui bahawa wang adalah satu keperluan, Alexandra juga berkata dalam temu bual itu bahawa dia tidak mahu wang menjadi sesuatu yang dia gunakan dengan banyak. Alexandra juga berkata, kekayaan keluarganya dalam beberapa tahun kebelakangan ini, telah banyak membantunya termasuk menyokong kerjayanya sebagai penunggang kuda profesional.

Sementara kakak perempuannya menegaskan ibu bapanya mengajar mereka untuk tidak terlalu menunjukkan kekayaan mereka. Namun mereka masih menikmati status jutawan tersebut dengan menikmati percutian Mediterranean, mempamerkan pakaian mewah seperti Louis Vuitton dan melibatkan diri dalam aktivit seperti berkuda, terjun udara dan berlayar.

Alexandra ialah seorang penunggang kuda profesional yang telah memenangi pelbagai pertandingan antarabangsa dan ditaja oleh jenama ekuestrian Kingsland dan Samshiled.

Sementara Katharina dilaporkan cenderung untuk mengikut jejak bapa mereka dengan menjalankan perniagaan keluarga, walaupun bapa mereka berkata dia tidak mahu memaksa anak perempuannya terlibat dalam perniagaan. Katharina dilaporkan belajar sains sosial di Kolej Universiti Amsterdam dan menjalani latihan dengan Ernst & Young, dan kini bekerja sebagai penyelaras pemasaran di syarikat barangan sukan Norway Brav, yang dimiliki oleh syarikat pelaburan keluarganya.

Syarikat Ferd adalah perniagaan keluarga yang terlibat dalam pelaburan, dana nilai bersama dengan pelbagai ekuiti persendirian dan aset hartanah. Keluarga Andresen sebelum ini membuat wang sebagai salah satu pengeluar rokok terkemuka Scandinavia sejak tahun 1849. Tetapi keluarganya menjual kepentigan tembakaunya pada tahun 2005.

Dua beradik Andresen masing-masing memiliki 42.2 peratus kepentingan Ferd, manakala bapa mereka masih mengendalikan syarikat itu. Kepentingan mereka dalam Ferd diketahui umum apabila mereka berumur 17 tahun. Kerana pihak berkuasa Norway menerbitkan angka pulangan cukai untuk warganegara apabila mereka mencapai umur yang sah.

Pada 2016, Forbes menulis bahawa keluarga Andresen mungkin melihat beberapa kepentingan cukai dengan menyerahkan sejumlah besar kekayaan kepada anak perempuan mereka pada usia muda, berdasarkan undang-undang cukai kekayaan di Norway.

Sumber: CNBC 

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka