Siakap Keli

Kongsi Rasa Sakit, Dipercayai Tradisi Purba Puak Huichol, Tali Diikat Pada Zakar Suami & Dipegang Isteri Saat Bersalin

Kongsi Rasa Sakit, Dipercayai Tradisi Purba Puak Huichol, Tali Diikat Pada Zakar Suami & Dipegang Isteri Saat Bersalin

Kaum Huichol yang mendiami dataran tinggi di tengah Mexico, mempunyai cara unik sewaktu proses melahirkan anak. Orang Huichol, keturunan Aztec purba, dipercayai mempunyai ritual untuk ‘melegakan’ kesakitan (atau berkongsi sakit) yang dialami oleh wanita yang melahirkan anak, yang mungkin agak mengerikan pula bagi si ayah.

Jika anda masih tidak dapat membayangkan bagaimana proses tersebut, mari kami jelaskan lebih lanjut.

Mula-mula, anda lihat gambar di atas terlebih dahulu. Begini, menurut laporan Fatherly, wanita-wanita puak Huichol suatu ketika dahulu tidak perlu menanggung kesakitan melahirkan anak berseorangan, sebaliknya rasa sakit itu akan diberikan ‘sedikit’ kepada suami. Bagaimana caranya?

Berdasarkan foto diatas, suami kepada wanita yang mahu bersalin akan dibaringkan di bahagian atas wanita itu. Kemudian, tali akan diikat pada bahagian scrotum di alat sulit suami. Manakala si isteri yang baring dibahagian bawah pula akan berpaut pada tali berkenaan sepanjang proses bersalin.

Tidak dapat dibayangkan apakah yang dirasai oleh suami-suami wanita puak Huichol yang bakal menerima cahaya mata ketika itu. Namun, ritual ini dikatakan adalah simbolik kepada rasa tanggungjawab bersama pasangan suami isteri dalam mendapatkan cahaya mata.

Ia mungkin kedengaran seperti satu bentuk penyeksaan. Tetapi ia sebenarnya sebahagian daripada tradisi lama iaitu penyertaan bapa semasa proses kelahiran yang dikenali sebagai “couvade”, yang berasal daripada istilah Perancis yang bermaksud “untuk menetas”.

Di beberapa kepulauan Caribbean, ritual yang berbeza turut diamalkan contohnya lelaki berpuasa selama enam bulan, bermula dari bulan kelima kehamilan siibu. Di bahagian New Guinea pula, lelaki mengambil bahagian dalam bentuk simbolik haid, di mana alat khas dimasukkan ke dalam uretra untuk mengalirkan “darah kotor”.

Dari sudut pandangan antropologi, couvade dikaitkan dengan masyarakat matriarki dan menunjukkan bagaimana sesuatu budaya itu mengakui peranan dan tanggungjawab bapa.

Pada zaman moden, sindrom couvade ialah istilah perubatan untuk “kehamilan bersimpati”, di mana bapa boleh mengalami gejala seperti penambahan berat badan, loya,insomnia dan perubahan mood semasa isteri hamil.

90 peratus lelaki dikatakan mengalaminya pada tahap tertentu, tetapi sebahagian besarnya dikaitkan dengan empati dan tekanan yang boleh difahami kerana anda akan membawa manusia baharu ke dunia ini. Menurut ahli psikologi, ‘sokongan’ seperti ini sebenarnya bagus untuk ibu.

Ibu yang menerima penjagaan emosi yang lebih kuat daripada pasangan mereka menunjukkan gejala kemurungan dan kebimbangan selepas bersalin yang rendah.

Sokongan pasangan sewaktu isteri sedang melahirkan sangat membantu emosi isteri. Begitu juga, beri layanan yang baik kepada isteri lepas bersalin mampu membuat isteri anda berasa lebih selamat dan disayangani.

BACA: Didakwa Rakam & Sebar Video Lucah Anaknya, Remaja Maut Dibelasah Bapa Teman Wanita & Rakan

Sumber: Fatherly, The Washington Post

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.