Laman Web Steam, Epic Game & Beberapa Lagi Dilapor Disekat Di Indonesia
Pengguna di Indonesia dikejutkan dengan pelbagai laman web dan platform permainan digital seperti Steam serta Epic Games yang telah disekat.
Menurut kicauan dari laman Twitter milik organisasi E-Sport, Team Secret serta laporan dari GamerWK, pengguna di Indonesia telah disekat untuk mengakses platform tersebut.
Namun, mereka telah menemukan alternatif lain untuk memintas jaringan itu dengan menukar DNS atau menggunakan VPN.
Steam, PayPal, Battlenet, Epic Games and other websites have been banned in Indonesia 😐 pic.twitter.com/cJua1JQKDC
— Team Secret (@teamsecret) July 29, 2022
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Republik Indonesia atau Kominfo, baru-baru ini telah mengeluarkan peraturan mengenai Penyelenggara Sistem Elektronik Swasta (PSE) atau Penyedia Sistem Elektronik Swasta yang mengatakan bahawa kedua-dua syarikat teknologi tempatan dan asing yang menawarkan perkhidmatan serta menjalankan apa-apa perniagaan perlu didaftarkan di bawah kerajaan Indonesia.
Menurut pengguna Twitter, Daniel Ahmad berkata, punca ia disekat adalah kerana syarikat gagal mendaftar dengan Kominfo.
Menerusi laman sesawang Kominfo, pengguna akan dapat lihat senarai semua syarikat berdaftar serta perkhidmatan lain yang sama ada tidak tersedia buat sementara waktu atau dibatalkan sepenuhnya,
Difahamkan, PayPal telah mendaftar dengan Kominfo, namun perkhidmatan mereka mungkin tidak akan tersedia buat masa ini kerana mendaftar pada saat-saat akhir.
Manakal Steam dan Epic serta beberapa lagi alam web lain telah diharamkan di Indonesia. Walau bagaimanapun, masih tidak pasti sama ada ia boleh diakses atau tidak jika mereka mendaftar pada masa akan datang.
Companies that failed to register with Kominfo are now being blocked in Indonesia.
This includes services such as Steam, Epic Games, Paypal etc…
Will update when there is a greater clarity from these platforms or the govt on next steps https://t.co/vtxWjDCC57
— Daniel Ahmad (@ZhugeEX) July 29, 2022
Sumber: Team Secret (Twitter), Gamer Braves, Daniel Ahmad (Twitter)