Siakap Keli
lelaki batalkan perkahwinan
Gambar Via Mirror

Lelaki Nekad Batal Perkahwinan, Ibu Tak Berkenan Terima Menantu Didakwa Hodoh & Pendek

Lelaki Nekad Batal Perkahwinan, Ibu Tak Berkenan Terima Menantu Didakwa Hodoh & Pendek

Seorang pengantin lelaki di Tunisia nekad membatalkan perkahwinan selepas ibunya tidak berkenan dengan bakal isterinya dan mendakwa bahawa wanita itu tidak cantik dan terlalu pendek.

Memetik laporan Mirror, perkara itu telah dikongsikan sendiri oleh pengantin wanita tersebut yang sedih dan malu dengan insiden berkenaan.

Difahamkan, ibu kepada lelaki itu pertama kali melihat wajah wanita tersebut secara bersemuka pada hari perkahwinan dan sebelum ini hanya melihatnya di dalam gambar sahaja.

lelaki batalkan perkahwinan
Gambar: Mirror

Didakwa tidak berpuas hati kerana wanita terbabit ‘pendek dan hodoh’, dia dipercayai mengarahkan anaknya untuk membatalkan majlis perkahwinan itu.

Menerusi gambar-gambar yang dimuat naik oleh wanita itu, dia yang memakai gaun pengantin dilihat tersenyum di samping lelaki tersebut.

Wanita itu meluahkan isi hatinya dan mendakwa bahawa dia seorang yatim piatu.

Menurutnya, persiapan untuk perkahwinan itu telah menelan belanja yang banyak.

lelaki batalkan perkahwinan
Gambar: Mirror

Ketika kejadian, dia terkejut kerana majlis itu dibatalkan dan malu dengan orang ramai yang berada di situ.

Perkongsian wanita itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu yang terlalu menurut kata-kata ibunya.

Mereka turut memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut.

BACA: Tak Mampu Tolak Lamaran, Pemuda Kahwin Kembar Tiga Serentak

Sumber: Mirror

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.