Siakap Keli
Gambar: India.com

Tak Mampu Tolak Lamaran, Pemuda Kahwin Kembar Tiga Serentak

Seorang lelaki dari Republik Demokratik Congo mengahwini kembar tiga pada hari yang sama selepas ketiga-tiga beradik tersebut melamarnya secara serentak.

Lelaki bernama Luwizo yang berusia 32 tahun tersebut mengahwini kembar tiga iaitu Nadege, Natasha, dan Natalie di dalam sebuah majlis perkahwinan istimewa di bahagian timur Republik Demokratik Congo.

Sebagai rekod, warganegara di sana mempunyai kebebasan dari segi undang-undang untuk berkahwin lebih daripada seorang.

Menurut laporan India.com, Luwizo mengatakan yang dia tidak mempu untuk menolak lamaranĀ  tersebut apabila ketiga-tiga beradik kembar itu melamarnya secara serentak.

“Saya bertanggungjawab untuk mengahwini ketiga-tiga mereka kerana mereka ialah kembar tiga. Ia bukan satu keputusan yang mudah untuk saya buat namun sehingga kini kedua ibu dan bapa saya masih tidak mengerti tindakan yang saya ambil ini,” katanya.

Dia turut menambah bahawa ketika hari perkahwinan berlangsung, keluarganya tidak menghadiri majlis perkahwinan tersebut.

“Setiap manusia perlu kehilangan sesuatu untuk anda memiliki sesuatu perkara. Selain daripada itu, setiap manusia juga mempunyai keutamaan dan cara tersendiri untuk melakukan pelbagai perkara.

”Namun saya gembira dapat mengahwini kembar tiga tanpa mengira apa yang orang lain fikirkan. Kedua orang tua saya menentang keputusan yang saya buat ini dan kerana itu, mereka mengambil keputusan untuk tidak menghadiri majlis perkahwinan saya. Tetapi apa yang saya mampu katakan ialah, cinta itu tiada had,” tambahnya lagi.

Luwizo turut berkata, dia pertama kali jatuh cinta dengan Natalie sebelum dia bertemu dengan dua orang lagi adik kembar perempuan Natalie.

Namun apabila Natalie membawanya untuk diperkenalkan pada dua orang adik kembarnya, kedua-dua adik kembarnya itu telah jatuh cinta dengan Luwizo.

Kemudia apabila ketiga-tiga kembar tersebut mengajukan soalan yang sama iaitu lamaran untuk berkahwin dengannya, Luwizo berasa sangat terkejut sehingga dia berasa seakan-akan dia hampir pengsan.

Salah seorang dari kembar tiga berkenaan berkata yang mereka telah berkongsi pelbagai perkara sejak dari kecil lagi, jadi berkongsi suami adalah satu keputusan yang tidak susah untuk dibuat.

Sumber: India.com

Zahirah