Siakap Keli
Operate' Hidung Sendiri Ikut 'Tutorial' YouTube
Gambar: Oddity Central

Padah ‘Operate’ Hidung Ikut ‘Tutorial’ YouTube, Lelaki Terpaksa Dimasukkan Ke Unit Kecemasan

Padah ‘Operate’ Hidung Ikut ‘Tutorial’ YouTube, Lelaki Terpaksa Dimasukkan Ke Unit Kecemasan

BRAZIL – Seorang lelaki di Brazil menerima padah apabila terpaksa dimasukkan ke unit kecemasan hospital Campo Limpo akibat melakukan pembedahan hidung pada dirinya sendiri, lapor Oddity Central.

Lelaki itu terpaksa dimasukkan ke wad kecemasan pada minggu lalu akibat mengalami jangkitan kuman selepas cuba melakukan ‘rhinoplasty surgery’ pada dirinya sendiri berpandukan tutorial di YouTube.

Menurut laporan, lelaki itu telah menemui pelbagai jenis tutorial DIY di YouTube termasuklah tutorial mengenai pembedahan hidung juga.

Lelaki itu memberitahu doktor bahawa dia tidak menggunakan sebarang sarung tangan ketika melakukan sebarang prosedur dan juga tidak membersihkan luka serta tidak membuka jahitannya.

Selain itu, dia juga memberitahu doktor bahawa dia mendapat idea untuk melakukan pembedahan hidungnya sendiri di YouTube dan dia turut menggunakan alkohol untuk membasmi kuman di kawasan itu. Ubat bius juga digunakan untuk menghilangkan rasa sakit.

Selepas lelaki itu selesai ‘membedah’ dirinya sendiri, dia menggunakan benang yang boleh menyerap sendiri dan gam kuat untuk menutup luka jahitannya.

Disebabkan kejadian itu, doktor pakar di situ telah memberi amaran bahawa prosedur pembedahan sebegitu bukan sekadar boleh menyebabkan kesan yang bertentangan dengan apa yang diingini malahan juga boleh membawa kepada kematian.

Persatuan Pembedahan Plastik Brazil (SBCP) juga mengeluarkan kenyataan amaran di laman web rasminya, menjelaskan bahawa ‘rhinoplasty surgery’, “selain memerlukan tindakan perubatan eksklusif, ia juga memerlukan pengkhususan dan kelayakan untuk dilakukan.”

Menariknya, ini bukan kali pertama seseorang ingin melakukan pembedahan ke atas diri mereka sendiri.

Pada tahun 2016, dilaporkan seorang jurutera Inggeris juga dilaporkan turut melakukan hal yang sama gara-gara senarai nama orang yang menunggu pembedahan terlalu panjang.

Sumber: Oddity Central

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurlizah Khazani

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.