Siakap Keli
palsu video lanun rampas feri
Gambar: Mothership

Klip ‘Viral’ Lanun Rampas Feri Video Lama, Hanya Simulasi Tentera

Satu klip video tular yang mendakwa lanun rampas sebuah feri yang sedang bergerak dari Singapura menuju ke Pulau Batam, Indonesia rupa-rupanya merupakan simulasi oleh tentera laut pada 2020, lapor Mothership.

Difahamkan, video berkenaan disiarkan di sebuah group Facebook awam pada Jumaat, 29 Julai lalu. Ia telah mendapat lebih 5,900 perkongsian dan dikongsikan di WhatsApp.

palsu video lanun rampas feri
Gambar: Mothership

Bagaimanapun, dakwaan mengenai video itu sebenarnya sebuah berita palsu dan ia telah dirakam sewaktu latihan simulasi tentera laut pada 12 November 2020, merujuk laporan Batam News.

Sementara itu, menurut iNews.id, dalam latihan simulasi tersebut, terdapat tiga lanun yang telah mengambil alih feri dan seorang daripadanya ‘mati ditembak’ selepas serbuan dibuat oleh anggota tentera laut.

Tambahan lagi, video itu juga menunjukkan beberapa orang yang dipercayai pengamal media turut berada di situ sambil memegang kamera untuk merakam aksi tersebut.

palsu video lanun rampas feri
Gambar: Mothership

Terdahulu, latihan itu sebenarnya diadakan di Karimun, salah satu pulau di Kepulauan Riau yang berhampiran dengan Singapura dan Batam, lapor iNews.id pada tahun 2020.

Jurucakap tentera laut Indonesia, Julius Widjojono memberitahu AFP pada 23 November 2020, bahawa lelaki yang cedera pada awal video itu  adalah kakitangan mereka.

Latihan itu merupakan rutin yang dilakukan oleh tentera laut Indonesia setiap enam bulan sebagai sebahagian daripada latihan mereka untuk memastikan anggota mereka sentiasa bersiap sedia menghadapi jenayah maritim.

palsu video lanun rampas feri
Gambar: Mothership

Sumber: Mothership / Youtube Ateng Latip

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.