Siakap Keli
johnny depp bakal comeback
Gambar: Cosmopilitan, Hindustan Times via Google

Johnny Depp Dilapor Bakal ‘Comeback’ Dalam Pirates Of The Caribbean, Perjanjian RM1.3 Bilion Bersama Disney

Pelakon Hollywood, Johnny Depp dilapor bakal ‘comeback’ membuat penampilan semula dalam Pirates of the Caribbean (POTC) menerusi perjanjian bersama Disney bernilai RM1.3 bilion, lapor Daily Mail.

Menurut sumber melalui Poptopic, pelakon berusia 59 tahun itu telah berbincang dengan Disney mengenai perjanjian itu selepas kes saman fitnah ke atas isterinya itu selesai hampir sebulan lalu.

Sumber dalaman menerusi Daily Mail berkata, Disney berminat untuk memperbaiki semula hubungan dengan pelakon itu sebelum menghubunginya kembali baru-baru ini.

Dalam perjanjian itu, Johnny turut ditawarkan untuk kembali semula sebagai Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean 6 dan siri Disney Plus spin-off iaitu tentang kehidupan awal Kapten The Black Pearl.

“Apa yang saya boleh beritahu anda ialah pihak studio telah pun membuat draf untuk filem tentang Jack Sparrow.

“Jadi mereka amat berharap Johnny akan memaafkan mereka dan kembali sebagai watak ikoniknya,” kata sumber itu, lapor Daily Mail.

Dalam masa sama, pihak studio juga turut berharap agar pelakon utama itu akan memaafkan mereka dan kembali memegang watak tersebut.

Johnny yang merupakan watak utama dalam lima siri filem lanun POTC sebelum ini sejak 15 tahun lalu membuat penampilan terakhirnya dalam siri Dead Men Tell No Tales yang ditayangkan pada 2017.

Bagaimanapun, pelakon itu memberitahu kepada umum bahawa dia tidak akan bekerja lagi di bawah Disney selepas digugurkan dalam siri POTC keenam pada 2018 lalu.

Gambar: Daily Mail

Terdahulu, penulis skrip asal POTC, Stuart Beattie merupakan orang pertama yang mengumumkan kepada awam bahawa Disney Studios telah mengugurkan bintang utama itu pada tahun tersebut.

“Saya berfikir dia membuatnya dengan hebat. Jelas sekali, dia menjadikan watak itu dengan sendiri sehingga terkenal pada masa ini.

“Dan semua kanak-kanak di seluruh dunia menyukainya sebagai watak itu dan saya rasa ia bagus untuknya dan untuk kami.

“Jadi, saya sangat gembira mengenai itu,” jelas Beattie semasa memberitahu kepada DailyMailTV sewaktu Red Carpet di Hollywood.

Sumber: Daily Mail / New York Post

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?