Siakap Keli
johny depp taknak marah amber heard
Gambar hiasan: People.com via Google

Johnny Depp Taknak Marah-Marah Amber Heard Dah, Nak ‘Move On’

Pelakon terkenal Hollywood, Johnny Depp tidak mahu berdendam lagi dengan bekas isterinya, Amber Heard walaupun selepas hampir sebulan kemenangan kes mahkamah berpihak padanya.

Malah menurut sumber rapatnya menerusi Hollywood Life, difahamkan Depp kini mahu ‘move on’ meneruskan hidup baharu dan mendoakan bekas isterinya itu agar tidak lagi mempunyai ‘toksik’ dalam hidupnya.

“Dia hanya mahu meneruskan kehidupannya selepas berita itu tersebar secara meluas. Selepas semua yang dikatakan, Johnny (Depp) tidak berniat jahat terhadap Amber.

“Dia tidak akan menyatakan kebencian di media sosial dan hanya mahu meneruskan kehidupannya sendiri,” katanya, memetik Hollywood Life.

Difahamkan, selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard, kini pelakon watak Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean itu tidak lagi berminat untuk ‘mengenang’ kisah silamnya.

“Depp lebih gembira berbanding sebelum ini dan dia berasa seperti satu tajuk atau permulaan baharu baginya,” tambah sumber rapat itu lagi.

Sementara itu, Depp yang kini berusia 59 tahun bakal menjalankan jelajah muzik bersama band disertainya, Hollywood Vampires pada musim panas tahun depan.

Imbas kembali, Depp sebelum ini telah memenangi tuntutan saman terhadap Amber Heard selepas juri memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post pada 2018 adalah fitnah.

Memetik laporan Sky News, Depp telah mendapat sebanyak 15 juta dolar (RM65 juta) yang terdiri daripada pampasan ganti rugi 10 juta dolar (RM43 juta) dan ganti rugi punitif sebanyak 5 juta dolar (RM21 juta).

Pelakon Pirates of The Caribbean itu telah menyaman Heard sebanyak 50 juta dolar (RM219 juta) berhubung artikel yang diterbitkan dalam The Washington Post yang merujuk dirinya sebagai ‘Tokoh awam yang mewakili penderaan domestik’.

Sumber: Hollywood Life

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?