Siakap Keli
Kudung Kedua-dua Belah Kaki Digilis Kereta Api
Gambar: Thaiger

Mabuk & Tertidur Tengah Landasan, Lelaki Kudung Kedua-dua Belah Kaki Digilis Kereta Api

Mabuk & Tertidur Tengah Landasan, Lelaki Kudung Kedua-dua Belah Kaki Digilis Kereta Api

THAILAND – Seorang lelaki berdepan detik mengerikan apabila kakinya putus akibat digilis kereta api ketika dia tertidur di landasan kereta api berkenaan, lapor Thaiger.

Insiden itu dilaporkan berlaku pada petang semalam di Nong Prue, Chon Buri.

Mangsa yang berumur lingkungan 40 tahun itu ditemui dalam keadaan mabuk di tepi landasan kereta api oleh pihak polis pada jam 4.30 petang semalam.

Pihak polis tiba di tempat kejadian dan mendapati lelaki itu menangis teresak-esak dalam kesakitan ekoran kakinya yang putus sepenuhnya.

Pihak polis turut menjumpai sebotol wiski kosong berhampiran tempat kejadian.

Lelaki itu didakwa telah menghabiskan wiski tersebut dan mengalami mabuk yang teruk sehingga menyebabkan dirinya tertidur di landasan kereta api.

Posisi badan lelaki itu dilaporkan dalam keadaan kaki di atas landasan manakala badan dan kepalanya di luar landasan.

Sewaktu kereta api menhampiri, konduktor kereta api mendakwa ternampak sesuatu berada di landasan namun gagal memperlahankan kelajuan.

Lelaki itu telah dikejarkan ke hospital bersama-sama dengan kedua-dua kakinya yang terputus hampir ke lutut.

Mangsa dilaporkan masih berada di hospital selepas menjalani pembedahan kecemasan. Mangsa dijangka dapat bertahan namun kakinya tidak boleh disambung semula.

Sumber: Thaiger

Baca: Tekstur Keras & Berwarna Hitam, Ayam Goreng Rangup Didakwa Mirip Ekor Tikus

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.