Siakap Keli
Dikurung Suami Selama 17 tahun
Gambar: Independent.ie

Polis Temui Wanita Dan Dua Anaknya Dalam Keadaan Sadis, Dikurung Suami Selama 17 tahun

Polis Temui Wanita Dan Dua Anaknya Dalam Keadaan Sadis, Dikurung Suami Selama 17 tahun

BRAZIL – Seorang wanita dan dua anaknya selamat dibebaskan oleh pihak polis selepas dikurung oleh suaminya sendiri selama 17 tahun, lapor Independent.ie.

Wanita dan anak-anaknya yang berusia 19 dan 23 tahun itu dilaporkan telah ditemui dalam keadaan yang diikat dalam sebuah rumah di Guartiba, barat Rio de Janerio pada Khamis lalu.

Menurut laporan, mangsa telah dikejarkan ke hospital ekoran mengalami dehidrasi teruk serta kekurangan zat makanan.

Gambar-gambar yang dikongsi oleh pihak polis kepada media menunjukkan kehidupan mangsa yang sangat tidak terurus.

Suspek yang merupakan suami dan bapa kandung kepada dua remaja itu telah berjaya ditangkap oleh pihak polis.

Suspek telah disabitkan dengan tuduhan penculikan, pemenjaraan, penganiayaan dan penyeksaan.

“Dua remaja tersebut, yang merupakan anak kepada wanita itu dan suspek, telah diikat, dicemari dan dibiarkan kelaparan,” ujar polis tentera Rio dalam sebuah kenyataan.

Seorang jiran memberitahu media tempatan bahawa selepas melihat dua kanak-kanak itu, dia tidak rasa mereka boleh hidup sebegitu untuk seminggu lagi.

“Saya cuba bercakap dengan ibu mereka di dalam ambulans tetapi dia sangat lemah sehingga tidak dapat mengeluarkan sebarang suara,” ujarnya.

Sumber: Independent.ie

Baca: “Dia Biar Je Susu Anak Tumpah, Kalau Aku Tak Lap, Sampai Ke Esok Lah Kering & Masam Di Situ..”

Nurfatihah Shahirah Azzuddin

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.