Siakap Keli
tendangan pemain negeri sembilan
Gambar: Twitter B/R Football, MFL

Tendangan Cantik Pemain Negeri Sembilan Benam Selangor Semalam Viral Satu Dunia

Tendangan pemain Negeri Sembilan FC mencuri tumpuan selepas jaringan cantik itu membantu pasukannya bangkit membenam pasukan Selangor 3-2 dalam aksi penuh dramatik di Stadium Majlis Bandaraya, Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya semalam.

Pertemuan antara skuad Hobin Jang Hobin dengan The Red Giants itu menyaksikan pemain gantian Negeri Sembilan, Sean Selvaraj menjadi wira dengan satu tendangan padu di luar kotak penalti pada minit ke-88.

Klip video tendangan padu itu pada asalnya dimuat naik oleh Malaysia Football League (MFL). Bagaimanapun ia tular hingga sampai ke pengetahuan laman Twitter bola sepak terkenal antarabangsa, B/R Football.

Menerusi perkongsian B/R Football di Twitter, jaringan cantik pemain itu telah menarik perhatian peminat bola luar negara dan mendapat lebih 451,000  tontonan serta lebih 13,100 tanda ‘Suka’.

Sebelum itu, skuad The Red Giant membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Herlison Caion pada minit ke-8 akibat kesilapan pertahanan pelawat Herold Goulon.

Jaringan awal itu nyata memberikan semangat buat Selangor FC dengan mengasak kubu pertahanan Negeri Sembilan. Akhirnya, jaringan kedua yang dicari-cari muncul pada minit ke-30.

Bagaimanapun, dua gol yang dihasilkan oleh skuad merah kuning itu nyata tidak melunturkan semangat pelawat apabila penyerang importnya, Gustavo Dos Santos mengurangkan defisit gol pada minit ke-66.

Penyerang itu sekali lagi berbisa di depan gawang tuan rumah dengan mencetak gol kedua pelawat pada minit ke-80 bagi menyamakan kedudukan.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan kedua-dua kedua-dua pasukan membawa pulang satu mata, Selvaraj muncul wira dengan gol kemenangan seperti roket pada hujung-hujung minit permainan.

Sumber: Malaysian Football League (MFL)

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.