Siakap Keli
Gambar: La Verdad Noticias

Terdesak, Amber Heard Dilapor Mahu Jual Rumah Untuk Bayar Saman

Terdesak, Amber Heard Dilapor Mahu Jual Rumah Untuk Bayar Saman

AMERIKA SYARIKAT – Bintang Aquaman, Amber Heard dilaporkan telah menjual rumah kesayangannya di California ekoran mengalami masalah kewangan untuk membayar saman kepada Johnny Depp, lapor Daily Mail.

Difahamkan, meskipun dia mengalami kesukaran dari segi kewangan, Amber Heard tidak mengambil bayaran cerai ataupun pampasan bernilai puluhan juta yang diberikan oleh Johnny Depp.

Sebuah dokumen yang tidak dimeterai menunjukkan bahawa bintang Aquaman itu tidak mengendahkan bimbingan daripada pasukan guamannya untuk tidak berkeras mendapatkan wang maksimum daripada Johnny Depp.

Menurut laporan, Amber boleh mendapatkan separuh daripada nilai $33 juta (RM146 juta) Johnny Depp ketika berlangsungnya sesi penggambaran keempat Pirates of the Caribbean.

Hal ini ekoran sesi penggambaran dilakukan ketika mereka masih sah bergelar suami dan isteri.

Namun, Amber Heard memilih untuk tidak berbuat demikian malah menulis e-mel kepada pihak mahkamah dengan mengatakan segala yang diperkatakan olehnya adalah benar dia tidak berminat dengan wang tersebut.

Walau bagaimanapun, hakim mahkamah enggan membenarkan bukti itu diterima semasa tuntutan fitnah Johnny Depp terhadap Amber.

Hasil perbicaraan, Amber diperintahkan untuk membayar $8.3 juta (RM36 juta) kepada Johnny DeppĀ  setelah didapati bersalah atas tuduhan memfitnah.

Namun, Amber menyatakan bahawa dia tidak memiliki wang tunai mencukupi untuk membayar saman tersebut.

Oleh itu, dia kini mungkin telah mengumpulkan sebahagian wang tunai tersebut dengan menjual rumahnya yang terletak di Lembah Yucca, California dengan harga $1.05 juta (RM4.68 juta).

 

Amber didakwa telah membeli rumah itu pada tahun 2019 melalui amanah tanpa nama yang terikat dengannya.

Terdapat spekulasi mengenai keupayaan Heard untuk membayarnya serta-merta, termasuk ganti rugi pampasan bernilai $10 juta (RM44 juta) dan ganti rugi punitif $350,000 (1.5 juta).

Dia juga akan menerima $2 juta (RM8 juta) daripada Depp dalam saman balas dan meninggalkannya dengan lebih $8 juta (RM 35 juta) untuk dibayar.

Dokumen mahkamah yang baru dibuka menunjukkan bahawa Heard mungkin telah meninggalkan lebih daripada cukup untuk membayar perceraian mereka.

Akhbar tempatan menegaskan bahawa Hakim Penney Azcarate enggan membenarkan pasukan Amber mengemukakan perbualannya dengan peguam semasa perbicaraan perceraian.

Peguam aktres itu merayu untuk meneruskan apa yang mereka rasakan dia berhak peroleh melalui keuntungan Johnny Depp dalam penggambaran Pirates of the Caribbean.

Mereka mendakwa bahawa Johnny Depp melakukan penggambaran filem itu sewaktu masih bergelar sebagai suaminya.

Oleh itu ia boleh dikategorikan sebagai harta sepencarian dan Amber berhak untuk mendapat separuh daripadanya.

Amber turut merayu keputusan hakim dalam kes fitnahnya terhadap Johnny Depp pada 21 Julai, dua bulan selepas dia dikenakan bayaran $10 juta (RM44 juta) kepada bekas suaminya sebagai ganti rugi.

Di tengah-tengah berita rayuan, wakil Depp memberitahu DailyMail minggu lalu bahawa mereka yakin dengan keputusan itu.

“Juri mendengar keterangan yang dikemukakan semasa perbicaraan dan membuat keputusan sebulat suara bahawa defendan sendiri memfitnah Encik Depp dalam beberapa kes. Kami tetap yakin dalam kes kami dan keputusan ini akan berlaku,” kata jurucakap Depp.

Pasukan Depp turut memfailkan satu rayuan berikutan dia diperintahkan membayar ganti rugi $2 juta (RM8 juta) selepas dia disabitkan dengan satu pertuduhan fitnah kerana mengatakan tuntutan penderaan domestik terhadapnya adalah palsu.

Sumber: Daily Mail

Nurfatihah Shahirah Azzuddin