Banjir kilat landa Johor Bahru selepas hujan lebat sejak pagi tadi, lebih 500 buah kenderaan dilapor telah tenggelam
Satu kejadian banjir kilat dipercayai telah berlaku di sekitar Johor Bahru pada hari ini susulan hujan lebat sejak jam 11 pagi tadi.
Menerusi ciapan ringkas Bernama, beberapa kenderaan milik orang awam di Jalan Ayer Molek, Johor Bahru turut dimasuki air.
Beberapa pemilik kenderaan di Jalan Ayer Molek, Johor Bahru memeriksa kenderaan mereka yang dimasuki air berikutan #banjirkilat susulan hujan lebat sejak pukul 11 pagi tadi.
📸 Nurul Fatiha Kamaruddin & Nur Fatin Mohd Kadenen pic.twitter.com/U6KY5hsoKi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 2, 2022
Memetik laporan Kosmo, lebih 500 buah kenderaan telah ‘tenggelam’ dalam banjir kilat yang berlaku hanya dalam tempoh kira-kira satu jam.
Sementara itu, beberapa orang netizen turut berkongsi keadaan banjir di sana.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat beberapa kenderaan terkandas akibat banjir kilat tersebut.
https://www.facebook.com/nieza.usin/posts/pfbid0ZfMDEhSF9ueDp8jCQAjLWtaNnmX7kx9ywdEbSAzgg9sg17r6CzpGS2F7U2oYYC3bl
https://www.facebook.com/ammani.maly/posts/pfbid0dV3atsuduZEr2jHrBUWseYHhSAKE9x9GAqDx5zz1EpW9Y4GqarenqeZTsuoSwtSfl
https://www.facebook.com/BeritaRTM/posts/pfbid04CKXj9b76jsFFcFZCjAwrdoDinaKVReLs4hhojRKTcQSUP5vUwL3juNHB3YFBn87l
https://www.facebook.com/caitung4johorjaya/posts/pfbid02A5ATzTDZ7QVEduibtZCVVWLsRnPdpPsFM1Jdyu8AkBPi8qEkCsuH7UTEj78Zx6VHl
https://www.facebook.com/sharifahzubaidah.syedmod/posts/pfbid0yuyXm4RSZG6JzaoJ68U6xcuTMbuRmMAE55PSDEivniH1qM7hXzSc36vWiWnyhPvwl
Antara kawasan utama dinaiki air adalah Jalan Yahya Awal, Jalan Ayer Molek, Jalan Wong Ah Fook, Kampung Mohd. Amin, Jalan Kolam Ayer, Jalan Mahmoodiah dan Jalan Tun Abdul Razak, lapor Kosmo.
Dalam pada itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah melawat kawasan yang dilanda banjir iaitu di sekitar Bangunan Persekutuan dan Hospital Sultanah Aminah di Bandaraya Johor Bahru.
Menurutnya, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga akan melakukan kerja pengepaman bagi menyalurkan air keluar dari kawasan tersebut.
“JPS juga akan menambah baik lagi sistem pengepaman ini untuk menampung kapasiti air yang lebih tinggi.
“Namun, saya difahamkan hujan lebat hari ini adalah lebih daripada kebiasaan. Taburan hujan hari ini hampir cecah 100mm berbanding paras biasa iaitu 20mm.
“Paras air pasang juga agak tinggi iaitu sekitar 1.15 meter & telah menyebabkan air hujan tidak dapat mengalir ke laut,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.
Tambahnya lagi, pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri akan mencari penyelesaian segera supaya situasi banjir itu dapat dielak pada masa akan datang.
Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu yang Memilkul. Hari ini warga JB diuji.
Saya telah melawat kawasan di sekitar Bangunan Persekutuan dan Hospital Sultanah Aminah di Bandaraya Johor Bahru yang dilanda banjir sebentar tadi.
1/5 pic.twitter.com/Vnj8iFnWZZ
— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) August 2, 2022