Seorang bapa dilapor bertindak terjun ke bawah selepas disyaki membuang tiga anaknya di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kepong sehingga menyebabkan dua daripadanya maut dan seorang lagi cedera parah, lapor Utusan Malaysia.
Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Beh Eng Lai, lelaki terbabit, 38, yang dipercayai warganegara Myanmar bertindak terjun dari lokasi sama selepas ketiga-tiga anaknya dibuang dalam kejadian pada pukul 5:50 pagi itu.
“Salah seorang anak mangsa membabitkan kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun manakala dua lagi kanak-kanak lelaki belum diketahui.
“Maklumat setakat ini polis mengesyaki lelaki yang membunuh diri itu adalah bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak malang itu,” jelasnya dalam satu kenyataan, memetik Utusan.
Tambahnya, mangsa dan ketiga-tiga anaknya ditemui terbaring berhampiran tepi jalan lampu isyarat Desa Jaya sejurus polis tiba hasil laporan yang diterima daripada seorang saksi, lapor Utusan Malaysia.
Memetik laporan Utusan Malaysia, polis mengesahkan tiga beranak terbabit maut di lokasi kejadian, manakala salah seorang anak lelaki mangsa dikejarkan ke unit rawatan rapi di Hospital Selayang selepas mengalami kecederaan serius, kata Eng Lai.
Maklum beliau lagi, punca kematian sedang dikenal pasti selepas kesemua mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat, lapor Utusan Malaysia.
Oleh itu, orang ramai yang yang mempunyai sebarang info berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Baldev Singh di nombor 012-4806062 bagi membantu siasatan.
Sumber: Utusan Malaysia