Siakap Keli

Bapa Tinggal Nota Bunuh Diri Minta Anak-Anak Ambilkan Mayatnya

Seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai mengalami kemurungan teruk sehingga bertindak membunuh diri dengan melompat daripada apartment tingkat 9 di Publika.  Menurut laporan media, dipercayai lelaki terbabit tak dapat menahan tekanan hidup.

Polis yang berada ditempat kejadian menjumpai nota bunuh diri yang ditulis dalam bahasa Inggeris ditujukan khas buat anak mangsa.  Nota tersebut merupakan permintaan terakhir untuk mengambil mayatnya setelah meninggal dunia.

Menurut laporan pihak berkuasa, anak perempuan mangsa mengakui bahawa bapanya itu menghadapi masalah perniagaan dan mempunyai hutang yang banyak.  Mangsa pernah menyuarakan untuk membunuh diri tapi tak sangka ianya betul-betul berlaku.

Kejadian berlaku pagi ini (19 Ogos) dan mayat telah pun dihantar ke hospital untuk bedah siasat. Polis perlu menyekat kawasan terbabit untuk memastikan siasatan awal dapat berjalan dengan lancar kerana terdapat sejumlah besar orang di sekitar tempat kejadian.

Sumber: China Press

Nur Farra