Siakap Keli
Budak 4 Tahun Buta
Gambar via The Sun

Budak 4 Tahun Hampir Buta Mata Kiri, Terjatuh & Terhantuk “Handle” Skuter Mainan

Seorang budak perempuan berusia 4 tahun dilaporkan hampir buta selepas mata kirinya terkena pemegang skuter dalam kemalangan baru-baru ini. 

Memetik The Sun, Coral Allan ketika itu sedang bermain bersama ibunya, Amanda ketika dia jatuh dan bahagian mukannya terhantuk di bahagian pemegang skuter tersebut. 

Keesokan harinya, kanak-kanak itu mengadu bahawa mata kirinya tidak dapat melihat dan Amanda bersama suaminya, Ryan, 29 bergegas membawanya ke pakar optik. 

Menurut pihak pakar optik, kecederaan yang dialami oleh Coral sangat serius dan harus di bawa ke hospital dengan segera untuk pemeriksaan lanjut. 

“Apabila Coral jatuh, dia kelihatan seolah separa sedar dan terdapat kecederaan pada bahagian matanya, namun Coral cuba meyakinkan saya bahawa dia berada dalam keadaan baik-baik sahaja. 

“Sepanjang hari saya akan terus bertanya sama ada di dalam keadaan baik dan pada awalnya. Kemudian penglihatannya mulai kabur dan pada keesokan pagi dia tidak boleh melihat langsung,” jelas Amanda, lapor The Sun. 

Difahamkan, Coral telah dipindahkan ke Hospital Diraja Kanak-kanak Glasgow untuk melakukan pembedahan kecemasan menjahit beberapa luka pada bola matanya berikutan kemalangan tersebut. 

“Kami akan melakukan yang terbaik untuk pulihkan kembali penglihatannya dan mungkin akan memerlukan beberapa pembedahan pada masa hadapan. 

“Tidak mungkin kami akan lihat hasilnya dalam tempoh enam hingga lapan bulan kerana lukanya perlu sembuh terlebih dahulu. 

“Kami sentiasa akan doakan Coral kembali pulih dan kemalangan ini tidak akan ‘menghantui seumur hidupnya,” tambahnya lagi. 

BACA: Pemimpin Utama Al-Qaeda, Ayman Al-Zawahiri Dilapor Terkorban Dalam Serangan Dron Amerika

BACA: Rezeki Terpijak, Wanita Tengah Cari Kayu Api Dalam Hutan Temui Berlian Bernilai RM 111,000

BACA: Kadar Inflasi Turki Cecah 70% Kerana OPR Terlalu Rendah, Kenapa OPR Turun Ibarat ‘Ubat’ Pulihkan Ekonomi Negara Yang ‘Tenat’

Sumber: The Sun

Faiz Mustafa

test