Siakap Keli
mais tegas tauliah aktivis politik
Kredit: Bernama

Tawaran Istimewa Wasiat Dhuyuf Ar Rahman – Galak Urus Wasiat Sebelum Tunaikan Haji

Tawaran Istimewa Wasiat Dhuyuf Ar Rahman – Galak Urus Wasiat Sebelum Tunaikan Haji

SHAH ALAM – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menawarkan promosi harga istimewa sebanyak RM200 bagi Penulisan Wasiat sempena Bulan Haji. 

Tawaran istimewa ini dibuka khas kepada bakal-bakal haji untuk mempersiapkan diri menyediakan satu bentuk pesanan pembahagian harta sebelum bermusafir menunaikan ibadah haji dan dapat menikmati kadar diskaun penulisan wasiat ini yang telah pun bermula pada 24 April sehingga 30 Jun 2024.

Promosi ini meliputi Pelantikan Wasi dan Penyediaan Wasiat Lengkap. Melalui penyediaan wasiat ini, pewasiat secara tidak langsung akan dapat melaksanakan kebajikan yang diinginkan dan mengadakan pesanan untuk melunaskan hutang piutang termasuk nafkah di bawah tanggungan.

Selain itu, permohonan wasiat ini juga dapat mengekalkan hubungan silaturrahim dalam keluarga termasuk selain mengelakkan harta pusaka menjadi beku.

tawaran istimewa wasiat

Melalui tawaran ini juga, MAIS melaksanakan pengurusan dan pembahagian wasiat dan harta pusaka dengan telus, adil dan profesional mengikut hukum syarak kepada benefisiari dan ahli waris.

Permohonan wasiat boleh dibuat secara online menerusi pautan https://siswa.mais.gov.my. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai tawaran ini boleh menghubungi Bahagian Dakwah & Pemasaran Baitulmal MAIS di talian 010-251 9556 atau layari laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my.

MAIS adalah badan berautoriti agama Islam dalam negeri Selangor untuk merancang dan membahagi harta anda melalui Subseksyen 5(4) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003 iaitu, “Majlis hendaklah mempunyai kuasa untuk bertindak sebagai wasi sesuatu wasiat atau sebagai pentadbir harta pusaka seseorang si mati atau sebagai pemegang amanah mana-mana amanah”.

tawaran istimewa wasiat

Kenyataan oleh Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

 

Nurul Naqiyah