Siakap Keli
Kredit: Pexels

Walaupun Selalu Bersenam, Tabiat Makan Ini Akan Dedahkan Anda Kepada Penyakit Berbahaya

Tiada apa-apa helah rahsia untuk menjadi sihat selain daripada kepentingan terhadap tabiat pengambilan makanan yang bernutrisi dan bermanfaat kepada badan anda.

Anda mesti berfikir bahawa menjalani aktiviti senaman yang mencukupi sudah cukup untuk mengatasi pemilihan makan yang kurang ideal. Walau bagaimanapun, kajian baharu yang menunjukkan pengambilan makanan yang tidak berkhasiat secara kerap masih boleh mendatangkan bahaya, walaupun selalu bersenam.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

Dalam kajian tersebut yang telah diterbitkan dalam BMJ Sports Medicine, pengkaji daripada University of Sydney di Australia telah melihat rekod-rekod yang terdapat pada UK Biobank. Rekod-rekod yang dilihat adalah bermula daripada April 2007 sehimgga Disember 2020. Pengkaji menggunakan data yang berusia dalam lingkungan 11 tahun daripada 346,627 penduduk UK.  Sebelum mengumpulkan data, pengkaji akan mengenal pasti penduduk UK yang mengamalkan diet berkualiti ataupun sebaliknya.

Diet berkualiti tinggi ditentukan dengan pengambilan sekurang-kurangnya empat dan setengah cawan sayur-sayuran atau buah-buahan dan dua hidangan ikan dalam satu minggu. Ini termasuklah pengambilan daging yang diproses tidak lebih dari dua hidangan dan pengambilan daging merah yang kurang daripada lima hidangan dalam satu minggu.

Begitu juga kriteria diet berkualiti rendah, iaitu  pengambilan lebih daging merah dan makan diproses. Pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan ikan yang tidak mencukupi juga termasuk dalam ciri-ciri diet yang kurang ideal.

Keputusan Kajian

Selepas data dianalisis, pengkaji mendapati bahawa pengamalan diet yang sihat dan bersenam dapat merendahkan risiko penyakit berbahaya sebanyak 17 peratus. Manakala, pengambilan diet yang kurang berkualiti akan meningkatkan risiko kematian. Tambahan pula, sesiapa yang mengamalkan diet yang tidak seimbang juga memiliki 19 peratus risiko untuk menghidapi penyakit kardiovaskular dan 27 peratus tisiko untuk mendapat kanser.

Gambar hiasan | Kredit: Pexels

“Saya bersetuju dengan dapatan kajian ini 100 peratus. Anda tidak boleh mengatasi keburukan diet yang tidak seimbang degan hanya bersenam,”kata  Dr. Dana Ellis Hunnes.

Dr. Hunnes merupakan pakar diet klinikal di Pusat Rawatan UCLA. Beliau juga merupakan pembantu pensyarah di UCLA Fielding School of Public Health, dan pengarang bagi buku Recipe for Survival.

Beliau membertitahu lagi, “Ia kelihatan seolah-olah sangat mudah untuk membakar kalori makanan yang tidak bekhasiat semasa bersenam, pada awalnya. Namun, komposisi nutrisi dalam diet juga penting. Pemakanan yang sememangnya tidak sihat tidak boleh dibaiki dengan bersenam sahaja.

“Kita mendapat manfaat terbaik daripada senaman apabila kita juga mengambil diet yang sihat bagi melengkapkan gaya hidup sihat secara keseluruhan,” tambah Hunnes.

Selain itu, Hunnes menyatakan bahawa semakin konsisten kita makan makanan yang sihat dan bersenam, kesihatan kita juga semakin konsisten.

Diet yang berkualiti tinggi sangat disyorkan kerana ia berhubung rapat dengan peningkatan jangka hayat manusia, Hunnes berkata, “Saya secara peribadi ingin melihat lebih banyak makanan yang tidak diproses dan diet yang berasaskan tumbuhan disyorkan di sini. Walau bagaimanapun, secara realistiknya,  apa yang disyorkan di sini adalah jauh lebih baik daripada diet yang diamalkan oleh tiga per empat daripada populasi Amerika.”

Sumber: Eat This, Not That

Nur Syahirah Zainoor Hisham

" "