Siakap Keli
Kanak-Kanak Dirantai
Gambar via The Thaiger

Dakwa Degil & Selalu Keluar Rumah, Atuk & Opah Tergamak Rantai Cucu Di Tiang

Dakwa Degil & Selalu Keluar Rumah, Atuk & Opah Tergamak Rantai Cucu Di Tiang

Sepasang suami isteri mengaku merantai cucu perempuan mereka yang berusia 11 tahun pada sebatang tiang dan memukulnya dengan sebatang kayu di wilayah Buriram, timur laut Thailand. 

Perkhidmatan sosial awam telah melakukan siasatan ke rumah pasangan tersebut apabila video mangsa diikat dengan rantai tersebar di media sosial dan bimbang jika berlaku penderaan. 

Memetik agensi berita The Thaiger, pihak berkuasa dan pegawai perkhidmatan awam bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja mereka menonton video tersebut. Mangsa memberitahu bahawa datuk dan nenek merantai dirinya kerana tidak benarkan dia keluar bermain. 

“Menurut mangsa, ada masanya dia kan keluar bermain kerana kesunyian tetapi sering dilarang oleh datuk dan neneknya. 

“Mereka akan pukul mangsa dengan sebatang kayu sebaik sahaja kanak-kanak itu pulang dari bermain di luar,” jelas pihak berkuasa, lapor The Thaiger. 

Dalam pada itu, datuk dan neneknya juga sempat mengugut mangsa untuk membawa semut merah menggigitnya jika mangsa berani menanggalkan rantai itu dan menyelinap keluar dari rumah. 

Selain itu, mereka berdua juga pernah mencekik kanak-kanak itu. Mereka juga mengaku telah merantai mangsa kerana enggan membiarkan dia kelaur dari rumah. 

Menurut The Thaiger, pasangan tersebut menjelaskan kepada pihak polis bahawa cucunya seorang kanak-kanak yang degil dan sering melarikan diri apabila mereka tiada di rumah dan pulang lewat petang kerana tuntutan kerja. Malah kanak-kanak itu juga pernah menjadi mangsa rogol. 

BACA: Rusia Sokong China, Ada Hak Untuk Ambil Apa Jua Langkah Pertahan Kedaulatan

BACA JUGA: Padah Abai Nasihat Doktor, ‘The Hulk Brazil’ Suntik Minyak Nak Besarkan Otot Maut

Sumber: The Thaiger

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.