Siakap Keli
rusia sokong china
Gambar: AFP

Rusia Sokong China, Ada Hak Untuk Ambil Apa Jua Langkah Pertahan Kedaulatan

Rusia Sokong China, Ada Hak Untuk Ambil Apa Jua Langkah Pertahan Kedaulatan

Rusia menyokong China dan berkata negara itu mempunyai hak untuk mengambil apa jua langkah bagi melindungi kedaulatan wilayahnya dan menggelar lawatan Speaker Dewan Rakyat AS Nancy Pelosi ke Taiwan sebagai “provokasi yang jelas”.

“China mempunyai hak untuk mengambil langkah yang perlu bagi melindungi kedaulatannya dan integriti wilayah berhubung isu Taiwan,” kata Kementerian Luar Rusia. Moscow memanggil lawatan Pelosi sebagai satu provokasi yang jelas ke atas China.

Tentera China berkata ia akan ‘melancarkan satu siri tindakan ketenteraan yang bersasar’ sebagai tindak balas terhadap lawatan Pelosi.

“Kami menggesa Washington untuk mengelak daripada tindakan yang menjejaskan kestabilan serantau dan keselamatan antarabangsa dan mengiktiraf realiti geopolitik baharu, di mana tidak ada lagi ruang untuk dominasi pengaruh Amerika,” kata Kementerian Luar Rusia itu.

Awal Selasa lalu, Rusia menyatakan solidariti penuh kepada China.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata lawatan Pelosi membawa kepada “peningkatan ketegangan” di rantau ini dan menuduh Washington memilih “jalan konfrontasi”.

“Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa kami benar-benar bersolidariti dengan China, sikapnya terhadap masalah itu boleh difahami dan benar-benar wajar,” kata kenyataan itu lagi.

Jurucakap kementerian, Maria Zakharova turut juga turut menuduh Amerika bersikap provokatif dalam hal ini.

“Washington membawa ketidakstabilan kepada dunia. Tiada satu pun konflik yang diselesaikan sejak kebelakangan ini, tetapi hanya banyak provokasi,” katanya di media sosial.

Rusia yang berdepan dengan pelbagai sekatan barat yang diketuai Amerika akibat pencerobohannya ke atas Ukraine dilihat cuba memperkukuhkan lagi hubungan dengan China.

Pelosi, yang berada di urutan kedua dalam laluan Presiden, adalah pegawai paling berprofil tinggi dalam kerajaan Amerika yang melawat Taiwan dalam tempoh 25 tahun dan Beijing menganggap kehadirannya sebagai provokasi, menjadikan rantau ini panas kembali.

China juga menganggap bahawa Taiwan yang mempunyai pemerintahannya yang tersendiri sebagai wilayahnya. Serangan Rusia ke atas Ukraine meningkatkan kebimbangan dunia dengan kemungkinan China mungkin mengambil jalan yang sama ke atas Taiwan.

BACA: Akad Nikah Depan Ibu Uzur Di Hospital, Wanita Hiba Bonda Tercinta Meninggal Dunia Tak Lama Kemudian

Sumber: AFP

Syed Faisal Sayed Muhammad

" "