Siakap Keli
kisah misteri reog ponorogo
Gambar: Pramita Kusumaningrum/Z Creators via Indozone

Kisah Misteri Reog Ponorogo, Kepala Yang ‘Kembali’ Kepada Pemilik Asal Setelah Dijual

Kisah misteri ‘Reog Ponorogo’ pernah menggemparkan sebilangan ramai apabila kepala tersebut seringkali pulang semula kepada pemilik asal setelah dijual, lapor Indozone.

Difahamkan, barongan ialah kepala reog yang dahulunya diperbuat daripada kulit harimau dan ia tidak dapat dipisahkan dari Tari Reog. Terdapat larangan tertentu yang menyebabkan lama-kelamaan pembuatannya ditukar kepada kulit lembu.

Menurut laporan Indozone, sekurang-kurangnya terdapat 10 barongan yang dipamerkan di Kompleks Pejabat Kabuten Ponorogo yang dibuat dari tahun 1910 hingga 1950 dan ada sebahagiannya tidak diketahui pembuatannya.

Setiap barongan itu ditunjukkan nama dan tarikh pembuatan oleh pemiliknya kepada pengunjung.

kisah reog ponogoro
Gambar: Pramita Kusumaningrum/Z Creators via Indozone

“Barongan tertua dibuat pada tahun 1910 dan yang paling muda pada 1950. Sebenarnya masih banyak barongan yang disimpan secara individu di rumah penduduk,” jelas Budi Maryono, salah seorang pengumpul barongan lama.

Selama setahun pencarian lelaki itu, terdapat 600 barongan lama yang masih tersimpan di rumah orang. Selain di Ponorogo, beberapa kawasan lain juga memiliki kepala berkenaan termasuklah di Madiun, Magetan hingga di Blora, Jawa Tengah.

Tambahan pula, mereka percaya bahawa barongan itu tidak boleh dijual dan hanya disimpan di dalam rumah sehingga rosak walaupun ditawarkan dengan harga yang tinggi.

“Pesan daripada datuk dan nenek tidak boleh dijual. Suruh simpan di rumah walaupun mungkin rosak teruk nanti,” katanya.

Disebabkan itu, tiada sesiapa yang pernah menjualnya walaupun telah berusia ratusan tahun, tambahnya.

kisah reog ponogoro
Gambar: Pramita Kusumaningrum/Z Creators via Indozone

Sebelum ini, pernah terjadi seorang pemilik barongan nekad menjual dengan puluhan juta rupiah ekoran ia dibuat pada sejak sekian lama. Bagaimanapun, barongan yang telah dibawa pergi oleh pemilik baru ‘kembali’ semula kepada pemilik lamanya.

Untuk pengetahuan, seiring peredaran masa, pelbagai perubahan berlaku pada model barongan Reog. Bagaimanapun, untuk masyarakat terus kekal mengetahui perkara tersebut, pihak yang terlibat mengadakan pameran barongan lama dari tahun ke tahun dan akan dipersembah dalam sambutan Grebeg Suro 2022.

Sumber: Indozone

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?