Siakap Keli
ibu termuda usia lima tahun
Gambar: Saidatul Husna

Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Di Dunia Lahirkan Anak Seawal Usia Lima Tahun

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pelik tapi benar, itulah realiti yang terjadi kepada seorang ibu termuda di dunia yang hamil dan melahirkan anak pada usia seawal lima tahun.

Jika difikirkan semula kanak-kanak berusia lima tahun pasti masih bergembira bermain dengan rakan-rakan, namun ia berbeza dengan seorang budak yang terpaksa bergelar ibu pada umur yang sangat muda.

Perkara itu semestinya menimbulkan misteri dan persoalan kepada orang ramai bagaimana ia boleh berlaku. Begitulah kisah yang pernah terjadi kepada Lina Medina pada tahun 1939.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kisah yang pernah menggemparkan dunia pada suatu ketika dahulu, mari kita ikuti perkongsian yang dibawakan oleh Saidatul Husna di laman Facebook.

Kisah Lina Medina, Ibu Termuda Pada Usia 5 Tahun

ibu termuda usia lima tahun
Gambar: Facebook Saidatul Husna

Kisah Lina Medina, ibu termuda di dunia yang melahirkan anak pada usia 5 tahun.

Lina Medina telah disahkan sebagai ibu termuda di dunia dengan melahirkan anak pada usia lima tahun tujuh bulan. Pada umur 5 tahun 6 bulan, ibu Lina mendapati perut anaknya membesar dalam keadaan pelik.

Disangkakan pada awalnya ketumbuhan kemudian setelah dibawa kepada doktor yang merawat Medina iaitu Dr Gerardo, Lina disahkan mengandung selama 7 bulan.

Setelah berita ini tersebar, pada awalnya pihak polis telah menangkap ayah Lina sebagai suspek utama. Selepas beberapa minggu siasatan, polis membebaskan ayahnya kerana tiada bukti yang kukuh.

 

ibu termuda usia lima tahun
Gambar: Facebook Saidatul Husna

Suspek kedua pula iaitu sepupu Lina yang dikatakan mengalami gangguan mental dan cenderung melakukan perbuatan di luar batasan kepada Lina. Namun sama seperti ayahnya, sepupu Lina dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh.

Pihak berkuasa cuba mencari jawapan daripada Lina sendiri sama ada dia tahu siapa ayah kepada anak di dalam kandungan.

Siasatan agak sukar dijalankan kerana keadaan Lina yang ‘blur’ dan konfius atas apa yang berlaku, menyebabkan tiada jawapan yang pasti. Akhirnya polis menggugurkan kes ini dan dibiarkan tergantung sehingga ke hari ini.

Lina bersalin pada 14 Mei 1939 dengan bayi seberat 2.7 kg melalui kaedah ceaserian section. Anak Lina dinamakan sebagai Gerardo, sama seperti nama doktor yang menyambut kelahiran tersebut.

ibu termuda usia lima tahun
Gambar: Facebook Saidatul Husna

Gerardo dibesarkan oleh ibu Lina dengan kehidupan yang baik. Susulan peristiwa ini terdapat ramai wartawan yang ingin menemu ramah keluarga dari Peru ini, namun privasi Lina dilindung sebaiknya oleh keluarga.

Apa yang menarik lagi Gerardo dibesarkan dengan menganggap Lina sebagai kakaknya, sehinggalah pada usia 10 tahun, Gerardo diberitahu yang Lina itu adalah ibu kandungnya.

Mereka berdua membesar dengan sihat, sehingga pada tahun 1979 di usia 40 Gerardo telah meninggal dunia akibat penyakit tulang. Lina pula meneruskan kehidupannya dan gambar terakhir yang didapati dari sumber Google adalah pada tahun 2018 ketika berusia 80 tahun.

ibu termuda usia lima tahun
Gambar: Facebook Saidatul Husna

Doktor mengesahkan Lina mengalami syndrom precoccious puberty, yang mana tempoh akil baligh Lina lebih awal dari usianya. Kebiasaan anak perempuan akan mengalami akil baligh paling awal pun pada usia 9 tahun, namun bagi kes Lina usia akil balighnya mungkin berlaku sekitar 3 ke 5 tahun.

Anak-anak gadis kita pada usia lima tahun baru nak kenal dunia kan. Salute buat penjaga Lina yang mampu menjaga Lina dan anaknya dengan baik sekali.

Tak mudah nak menghadapi kata-kata orang, tambah pula dengan rasa geram bila lelaki yang bertanggungjawab terhadap bayi dalam kandungan Lina tidak dapat dikenal pasti sehingga ke hari ini.

Bayangkan kalau anda melihat situasi begini di depan mata apa agaknya yang akan berlaku?

#WanitaDalamSejarah

ke channel Telegram t.me/contentsaidatulhusna

ibu termuda usia lima tahun
Gambar: Facebook Saidatul Husna

Sumber: Facebook Saidatul Husna

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?